Pengikut

Halaman

Khamis, 26 Januari 2012

Carta Nasyid Terbaek!!

Muzik sebahagian daripada kehidupan. Tanpa muzik, manusia tidak mampu hidup. Ibarat kekasih hati, tanpa dia mana mungkin hidup ini kan sempurna. Yeke? Separuh betul, separuh salah. Kata-kata ini adalah manusia yang kurang kenal apa itu kehidupan. Kehidupan adalah pengabdian, tanpa Allah sebagai kekasih, hidup tidak bermakna! barulah 100% betul!

Tapi human needs each other. Jadi ada betul juga. Sebab itu saya kata separuh betul separuh salah. Salahnya apabila kita melihat manusia sebagai tempat pergantungan hidup kita. Apa pun sebenarnya saya hendak cerita Carta Nasyid terbaek saya! Tak banyak, cuma hendak berkongsi dan menarik minat anda daripada mendengar lagu Barat dan Korea.

Ok. Actually ada banyak kategori nasyid. Such ketuhanan, perhambaan, suami isteri, persahabatan dan cinta. Hehe... Nasyid Cinta tolak tepi. Saya tidak suka sebab tak mencerminkan identiti nasyid yang bermatlamat murni, bahkan mencemarkan imej dakwah. Bila cakap tentang nasyid, orang fikir tentang sesuatu yang Islamik. Dan syaitan bijak memperdaya manusia dengan mendorong mereka membuat lagu Cinta Islamik.

Mungkin kita lihat tak salah lagu Cinta Islamik. Yela becoz adalah word Islamik kat situ. Jadi pasti tak salah. Think it over again. Lagu-lagu macam ini membuatkan manusia tenggelam dalam angan-angan. Bahkan meningkatkan nafsu syahwat kita. Bukan tak boleh tapi saya rasa lebih memudaratkan daripada manfaat. Iman manusia akhir zaman ini lemah. Syaitan pula sentiasa menghiasi kebatilan dengan perkara yang halal. Menyesatkan secara senyap.

Muktamad! lagu Nasyid Cinta, tolak tepi...

Carta Nasyid ini saya susun seperti dalam handphone saya. Samsung Corby(Yellow). Saya namakan playlist untuk nasyid, 'LIFE :)' Haha... I love Nasyid! Everynight sebelum tidur saya akan dengar nasyid untuk muhasabah diri dan jarang sekali air mata ini tidak bergenang. Pasti rasa syahdu dan sebak datang bertamu bila saya dengar nasyid malam-malam. Mengingatkan diri ini masih jauh dari Allah dan Rasul...urm...tulis ini pun dah sebak.

Ok. We continue :)

Saya bagi Top 3 jer ok..~ngee~

Ranking pertama dipegang oleh lagu Hanyut-UNIC. Lagu ini mengingatkan diri saya yang sering hanyut dibawa arus pesona dusta dunia. Walhal diri ini dicipta hanyalah sebagai hamba yang dilahirkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Bukan mengejar dunia yang fana ibarat merebut fatamorgana! Tetapi mencari redha-Nya di dunia demi kesejahteraan hidup di Akhirat sana.

Berkurun terukir sejarah alpa,

Manusia dihanyut indah yang fana,

Terlupa pada fitrah wujudnya,

Hanya ditaraf Hamba!

Ranking kedua disandang oleh Dia Kekasih Allah-Hijjaz. Actually lagu ini sahabat saya Topek yang kenalkan. Tima Kaceh Topek, Insyaallah kau dapat saham pahala juga. Seringkali kalau saya pasang earphone dan dengar lagu ini, mesti sebak sangat bahkan lagu ini yang banyak kali buat air mata ini mengalir. Sedih sebab Cintaku tidak sempurna buat Rasululullah yang mencintaiku. Saya terkenangkan jerih payah baginda, di Taif, cedera di Uhud, kata-kata cinta baginda pada umat sehinggalah akhir hayatnya. Semua demi umat ini. Tapi umat ini....

Malu rasanya menyatakan Cinta,

Kepada dia Kekasih Allah,

Kerana dia insan mulia,

Sedangkan diriku insan biasa.

Ranking ketiga, sebuah lagu nostalgia buat saya. Selalu nyanyi dengan sahabat saya Faiq Sudin semasa tingkatan 3. Sebuah Pertemuan-UNIC. Lagu ini bertemakan persahabatan bersandarkan kepada Allah. Dalam satu hadis dinyata bahawa Allah mencintai manusia yang membawa manusia lain mencintai-Nya. That's great right.. Saya harap sangat dapat berada Syurga bersama sahabat-sahabat yang saya sayang!

Tikaku kealpaan kau bisikan bicara keinsafan,

Kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan,

Saatku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan,

Saatku meragukan keampunan Tuhan,

Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala!

Itu jer. Saya dah nak nanges nie(sentimental skit..) Nasihat saya dengarlah nasyid. Anda akan bertemu dengan maksud-maksud kehidupan. Lagu barat pun banyak lagu menuju maksud kehidupan but pasti bercampur dengan budaya dan elemen kebaratan seperti The Climb-Miley Cyrus, This is me-Demi Lovato dan Today My Life Begins-Bruno Mars. Berbanding nasyid, ia akan membawa anda kepada maksud kehidupan bertuhan. Barakallah.

.::Wallahualam::.

Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"