Pengikut

Halaman

Rabu, 1 Oktober 2014

Berpindah ke Tumblr

Sudah tidak aktif di sini. Sekarang menggunakan Tumblr. Terima kasih. :)

arifputera07.tumblr.com

Rabu, 10 September 2014

Hidup yang Sederhana

Hidup kita tidak pernah diciptakan untuk menjadi sederhana. Misi kita dilahirkan di dunia juga bukan untuk menikmati kehidupan fana yang singkat ini, bukan untuk mencinta kemudian mati. Kita hidup bukan tanpa alasan.
Aku percaya, semua hal di dunia ini beralasan. Jika kau bilang ada yang tiada bersebab, maka itu kita saja yang tidak tahu untuk saat ini. Bukankah memang kita dicipta sempurna dengan banyak keterbatasan?
Mari bersyukur dengan kemuliaan yang tidak pernah kita minta, untuk kasih sayangNya yang sesungguhnya seringkali kita tidak pantas menerima. Hitunglah yang kecil-kecil tapi sarat makna. Hal-hal yang kita remehkan tapi kita tiada mampu hidup tanpanya.
Jadi, bersedih maka bersedihlah. Bersuka maka bersukalah. Tiada yang selamanya, ini semua sementara.
Tapi jangan lupa untuk terbangun, membangunkan diri sendiri. Bahwa hidup kita memang tidak dicipta sederhana.

credit : tersembunyi.tumblr.com

Selasa, 9 September 2014

In-Team & Nazrey - Kehidupan

Matlamat hidup ini bukan mencari bahagia. Bukan. Alangkah beruntungnya bagi mereka yang sedar akan hakikat ini.

Hidup ini sementara. Suatu hari nanti kita akan mati. Tika mati nanti tidak ada guna lagi kebahagiaan mahupun derita. Kita tidak akan fikir lagi tentang itu. Kita hanya fikirkan apakah bentuk kehidupan abadi yang akan kita dapat di Akhirat nanti. Maka isikanlah kehidupan kita ini dengan kebaikan dan kebajikan yang sebanyak-banyaknya. Itulah tujuan hidup, itulah tujuan persinggahan.

Maka bersederhanalah. Usah khayal dengan keindahan yang menipu  hingga melupakan apa yang bakal ditempuh di hadapan nanti.



Hidup ini sementara. Hidup ini sementara. \Sementara.



Isnin, 8 September 2014

Diamkan Sahaja Ketika Kau Disalahfahami

Seperti yang pernah diberitahu oleh sahabat aku sendiri. Ketika kita disalahfahami oleh orang, ada baiknya untuk kita tidak menjelaskan apa-apa. Betapa andai kita susunkan baik-baik kenyataan di hadapan mereka, mereka selalunya tetap tidak akan faham, kerana mereka tidak sediapun untuk memahamkan keadaan sebenar.  Mereka sebenarnya ingin melihat apa yang ingin mereka lihat, mereka tidak akan nampak selain itu. Membela diri dalam keadaan seperti ini tidak akan membuahkan apa-apa hasil. Sia-sia.

Maka kita hanya perlu diamkan sahaja. Biarkan mereka menaburkan kata yang mereka suka, itu tetap tidak akan mengubah hakikat perkara. Diamkan. Itu lebih baik.


Khamis, 4 September 2014

Khairiyah : Pandanglah Dengan Harapan

Pada pandangan mata aku, anak-anak dihadapan aku ini, yang hidup mereka sangat tidak terurus dan teratur, yang pencapaian peperiksaan mereka selalu gagal, yang selubung hari mereka penuh dengan hamburan kata-kasar kasar, boleh saja aku sebut anak-anak ini merupakan anak-anak yang liar, degil, sukar dikawal dan pelbagai lagi label negatif sesuai aku sandarkan.

Kenyataannya label itu memang benar. Tetapi aku enggan meletakkan label-label tersebut meskipun benar. Kerana mengungkapkan kebenaran, dalam menyatakan hal yang kita tidak kita senangi selalu menimbulkan rasa jelek dan jijik hingga rasa kasih sayang pun dikalahkan oleh kejelekan tadi.

Dalam banyak perkara, adakala kebenaran tidak wajar dijadikan kayu ukur untuk menilai sesuatu perkara. Bukanlah ertinya aku menolak untuk mengakui kenyataan tentang realiti yang berlaku, tetapi dalam hidup ini sebenarnya ada yang lebih penting daripada kebenaran. Perkara yang lebih penting itu adalah harapan.

Kebenaran hanya mengungkapkan hal tentang realiti sekarang sekarang, harapan pula menciptakan realiti baru pada hari kemudian. Ketika kebenaran menelanjangkan setiap keaiban manusia pada hari ini, harapan pula menawarkan pakaian kejayaan untuk mereka menutup itu semua pada hari depan. Harapan memang selalu lebih penting daripada kebenaran.

Begitulah aku melihat anak-anak ini. Ketika aku memandang mereka dengan ukuran kebenaran, yang jelek-jelek pastinya akan keluar. Tetapi apabila aku memandang mereka dengan ukuran harapan, aku sebenarnya sedang menjangkakan potensi anak-anak, apa yang mampu mereka jadi pada hari hadapan. Aku tahu mereka boleh jadi lebih baik, lebih pandai, lebih beradab dan berakhlak. Meskipun pandangan mata aku membuatkan aku tidak yakin untuk semua itu, tetapi aku tetap meletak percaya pada anak-anak ini.

Seburuk manapun manusia itu, awalnya mereka semua dilahirkan dalam keadaan fitrah, dalam keadaan berkehendak kepada kebaikan. Maka seteruk manapun kita melihat diri manusia itu, setiap mereka mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik. Fitrah kurniaan Tuhan itu sendiri merupakan lambang harapan buat manusia yang sepenuh hidupnya dulu dinodai dosa. Kerana itu dibukakan kepada kita pintu taubat.

Lagi pula mereka ini masih awal usia. Dosa mereka masih sedikit. Diri mereka masih mudah lagi untuk dibentuk kembali. Cuma bergantung pada kitalah, orang-orang dewasa untuk mencorakkan siapa akan mereka jadi. Jangan disalahkan mereka nanti kalau kala besar banyak menyusahkan masyarakat, tetapi salahkan diri kita sendiri. Di mana kita ketika anak-anak ini perlukan tunjuk ajar, bimbingan dan didikan kita?

Ketika mereka sudah besar, dengan kaca mata kebenaran kita menggelar mereka sampah masyarakat, tetapi kebenaran yang tersembunyi, kitalah yang menjadikan mereka sampah masyarakat. Kitalah yang menghancurkan harapan untuk mereka jadi lebih baik. Semuanya akibat kita terlalu buta dengna kebenaran!
"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"