Pengikut

Halaman

Rabu, 25 Januari 2012

Baik sangat ke lelaki berkopiah?

"Berkopiah itu terlalu exclusive", kata seorang Bro kepada saya. Dia seorang pendakwah, sedang berusaha dalam perniagaan bahan-bahan Islam, seperti Al-Quran, Majalah, Buku ilmiah, T-shirt dan lain-lain. But he is a contemporary guy­. Pakai T-shirt, kemeja dan yang biasa-biasa.

Pendapat dia, tidak perlu untuk berpakaian yang nampak sangat Islamik dalam berdakwah. Seperti berkopiah. Exclusive katanya. Saya tidak berapa faham maksud dia dengan exclusive. Mungkin dia ingin cakap, orang akan segan untuk bergaul dengan kita. Tampak warak sangat kot.

Pendapat anda?

Cerita pasal kopiah. Ada seorang sahabat saya, dia juga rasa macam tu. Jumaat, 13hb Januari 2011. Jumaat malam Sabtu. Time ini saya dan lagi dua sahabat saya, Fizi dan Adli nak pergi main bowling kat Melaka. Bukan kami nak pergi, pak cik sahabat saya Fizi yang bawa. Kami ikut jer, sebab kami duduk rumah pak cik Fizi selepas balik dari belajar kat pondok. Duduk kejap jer esoknya pergi rumah sahabat saya Adam.

Fizi panggil pak cik dia Paman, tup,tup.. saya dan Adli panggil pak cik dia Paman gak. Haha... dah macam pak cik sendiri kot. Dan kami bertiga dah macam sepupu betul pulak. Paman muda lagi and supporting. Kami bermain kat MITC.(apa benda ntah tu) Kata Paman tempat Bowling terbesar kat Asia. Oh..Woha! Excited!

Masuk-masuk jer bangunan, saya nampak sekumpulan wanita bertudung senam aerobik, "Satu, dua... satu, dua...", Semangat tuh. Lepas tu berjalan lagi naik tangga. Fizi pikul 'senjata'(Bola bowling) Paman yang istimewa, yang lain lenggak lenggok jer jalan. Hihi... Jalan punya jalan, sampai lah depan pintu kat tempat main Bowling. "First time aku pergi Bowling!!" Dalam hati saya kegirangan.

Sejurus sahaja kami melangkah masuk, tiba-tiba Adli memeluk bahu saya, dan saying something. Rupanya dia nak saya tanggalkan kopiah. Mungkin dia takut orang pandang pelik? Islam kan pelik? Malam tu saya pakai kopiah just cuba nak maintainkan suasana tarbiyah masa belajar kat pondok. Saya mulalah senyum kambing kat dia, hehe... sambil tunjuk gigi saya yang tak berapa nak putih tuh.

Then saya muncungkan mulut nak tunjuk sesuatu. Tak cukup mulut, jari telunjuk sekali. Dan ternampaklah seorang lelaki dewasa memakai kopiah sedang duduk di atas bangku sambil tersenyum. Haha... No Problem kan. :) dan sepanjang kat situ saya mantain dengan kopiah di atas kepala. But, sedihnyer... ranking aku tercorot antara yang lain. Sad Ending... Wonderful friends... Thanks sebab prihatin..

-------------

Orang makin jauh dari agama dan tidak mengetahui nilainya, jadi mereka merasakan

Islam itu Pelik

Tapi pelik itu tidak semestinya Islam.

Gila mungkin?

hurm...

Berbanggalah dengan Islam!

Proud To Be Muslim

^-^

.::Wallahualam::.

1 ulasan:

shahira berkata...

tak rugi tergolong dalam kalangan ghuraba'

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"