Pengikut

Halaman

Sabtu, 9 Ogos 2014

Tidak terjelas dek fikiran

Banyak hal kita perbuatkan hanya mengikut rasa. Tidak pernah terfikirkan kenapa dan untuk apa, ketika serasa jiwa dipeluk kedamaian dalam hal itu, kita langsung tidak hirau akan alasan untuk melakukannya. Kalau cuba dicari alasan sekalipun, payah sekali untuk ketemu. Tidak semua perkara masuk dalam jangkauan rasionaliti. Ada beberapa bahagian lebih cenderung pada hal kejiwaan.

Sepertimana cinta, kita tidak akan tahu sebab mengapa kita mencintai seseorang. Tidak tahu kenapa kita begitu ambil berat terhadap si dia, sering memikirkan tentangnya dan mempunyai sungguh dalam menyayangi dirinya. Kita tidak akan pernah tahu.

Seperti juga tenteram. Kita tidak pernah tahu mengapa, kala diri meninjau taburan bintang, merakam hijau alam, meneroka biru langit dan merenung luas lautan, bersama seluruh irama desirannya, jiwa diusik tenang. Tidak terkata dalam perkataan. Suara senyap dibungkus kagum.

Dalam diam sepi, ada riuh yang meriahkan jiwa. Semuanya tidak terjelas daripada fikiran.

Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"