Pengikut

Halaman

Rabu, 13 Ogos 2014

Bersendiri

Kalau diikutkan rasa, aku juga punya keinginan seperti yang lain, rasa ingin bersendiri seketika. Ingin bersahabat dengan diri, mencari makna kewujudan diri. Kembara dalam diam dan sunyi. Namun aku tidak boleh berhenti memikirkan yang lain, yang dapat aku rasa bahawa mereka memerlukan aku. Bahkan aku juga rasa bahawa aku tidak mampu untuk selalu sendiri. Kegembiraan orang lain begitu bererti buat aku. Begitu membahagiakan aku. Justeru aku tidak mampu duduk senang tanpa mendengar khabar dari mereka.

Maka waktu aku bersendiri itu punya batas. Meski aku bersendiri tapi tidak sepenuhnya. Harus juga aku punya waktu untuk bersama yang lain. Bahkan bagi aku, meski kita perlu waktu untuk diri sendiri, itu tidak bermaksud kita perlu mengabaikan yang lain. Bersendirilah ketika kita sedang sendiri. Tetapi bila kita sedang bersama teman sebilik, mahupun bersama teman yang lain, kita perlu melayan mereka, bukan berdiam sepi. Kerana kesepian sebegitu mampu membunuh perasaan mereka di sekeliling.

Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"