Pengikut

Halaman

Ahad, 17 Ogos 2014

Menemui Pagi

Ketika bulan Ramadhan, aku masih boleh lagi membawa diri, terus membuka mata kala pagi hari. Meski tika malam aku berjaga tanpa tidur, ataupun tidur dan bangun untuk sahur, pada paginya aku tetap merasa segar. Tetapi selepas Ramadhan berlalu, hari aku sentiasa bermula pada waktu matahari sudah tegak di tengah langit. Ketika waktu cahayanya memancar paling terik. Waktu itu baru mata aku benar-benar mahu terbuka. Begitu lengai dan malas. Sangat teruk tabiat ini.

Hendak atau tidak, aku tahu tabiat ini perlu diubah. Untuk aku sendiri, rasa banyak sangat masa terbuang sebenarnya. Bahkan merugikan kala waktu pagi dibiarkan berlalu dengan ketiduran. Sebab waktu pagi adalah waktu yang paling indah, paling segar dan paling nyaman. Waktu pagilah aku menemui ketenangan yang tidak akan terjumpa pada waktu lain. Bahkan ketenangannya pun sungguh berbeza dengan ketenangan-ketenangan yang pernah aku rasa sebelum ini. Begitu terbuai-buai.

Kerna waktu pagi jugalah, dapat aku nukilkan artikel buat buku TFTN. Berjaga dari pukul 3 hingga pukul 6 pagi untuk menyiapkannya. Kemudian, selepas itu menikmati udara segar di luar rumah. Nyaman diselubungi kabus bayu.

Mesti. Aku mesti mengecap kembali suasana pagi ini. Dah lama sangat kau melupai pagi Kamal. Untuk kali ini dan seterusnya, kau perlu kembali menemuinya. Dan belajar untuk tidak meninggalkannya.

Tetapi, mungkin bukan untuk hari ini. Haha

Arifputera
17 Ogos 2014
4.20am
Sambil mendengar lagu Hijjaz-Permaisuri Hatiku :)

Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"