Pengikut

Halaman

Selasa, 28 Disember 2010

Kecelaruan.

Sering salah faham, kecelaruan dan kekeliruan melakar atas perjalanan hidup setiap daripada kita. Itulah norma kehidupan, andainya kita bijak berfikir perkara-perkara ini sebenarnya merupakan mekanisme kesedaran tatkala diri selesa dalam zon rutin dan kebiasaan. Pertentangan juga berkait dengan penciptaan sesuatu yang berpasang-pasangan untuk saling lengkap melengkapi agar mencapai satu taakulan yang agak rapat dengan istilah ketepatan. Bukan dari segi konteks hidup berpasangan sahaja bahkan lebih daripada itu. Namun tindakan yang terbaik kita bersikap sederhana dalam setiap keadaan, reaksi terhadap suatu perkara dan dalam sikap keterbukaan. Perlu mencipta suatu tembok dalam tindakan yang menjadi had atau benteng kepada elemen kesesatan yang mungkin memesongkan hala tuju dan niat kita dalam memberi pandangan atau kritikan.

Adakala kita perlu menjadi manusia yang bersikap pentingkan diri sendiri dan tidak hiraukan perkara lain daripada kita digelar menjaga tepi kain orang lain. Namun ini bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk kita mengelak diri daripada berhadapan dengan kecelaruan ataupun pertentangan pandangan yang memuncak. Semua orang sibuk mengatakan diri mereka betul, sentiasa menyatakan orang lain salah, akhirnya keputusan yang ringkas dilakukan "lantaklah korang, aku dengan diri aku hal korang aku tak campur". Walaupun tiada analisis dilakukan, kebanyakan orang yang berada disekeliling saya mengambil jalan seperti itu apabila tiada satu persefahaman dicapai ketika berada dalam suatu perbincangan. Tetapi hakikatnya dalam diam kedua-dua pihak ini masih cuba menegakkan kepercayaan masing-masing hingga salah seorang jatuh tewas.

Lebih baik kecelaruan itu timbul berbanding kesalahan itu dibiarkan berleluasa tanpa had. Namun lebih baik lagi kalau toleransi dengan kerjasama diwujudkan berbanding asyik timbulkan kecelaruan. Dalam diskusi mahupun perbincangan biarlah sekurang-kurang mencapai tahap situasi yang meredakan kedua-dua pihak bukan membangkitkan kemarahan. Sedar tidak sedar memang kita lihat kebanyakan isu-isu kecil yang menjadi perdebatan walaupun isu itu sudah basi tetapi tetap berlanjutan hingga sekarang. Tapi walaupun isu itu nampak kecil golongan agamawan ini menganggap besar seperti bacaan surah Yasin. Siapa yang timbulkan kecelaruan isu ini ? Namun hasil positif kebanyakan banyak yang sedar akan kesalahan ini dan isu ini masih dibincang secara kecil-kecilan untuk pemahaman lanjut. Kekhilafan itu penting selagi tidak melibatkan dasar-dasar agama, namun tidak dinafikan kekhilafan akan mencetuskan keburukan jika tidak diiringi dengan akhlak dan adab.

Kritikan yang terbaik bukan diniatkan untuk membetulkan orang lain sebaliknya diniatkan untuk membangkitkan kesedaran orang. Begitu juga dengan dakwah yang diniatkan kerana Allah, bukan membetulkan orang. Dengan ini usaha-usaha ini akan dilakukan berterusan dengan motto 'kita hanya usaha membuatkan orang berfikir akan kesilapan mereka, tetapi soal hidayah dan perubahan bergantung kepada Allah'. Sebenar-benarnya hidup memang perlu kepada kritikan. Sedarkah kita sedang mengkritik orang yang suka mengkritik. :) Entry ini juga boleh jadi kritikan. Kritikan tidak akan berakhir kecuali dengan kerjasama :)

::wallahualam::

p/s : "apa yang penting kerjasama!", Wonderpets juga mengkritik kita yang suka mengkritik dan sering berbalah rupanyer




Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"