Pengikut

Halaman

Memaparkan catatan dengan label mencari ibrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mencari ibrah. Papar semua catatan

Khamis, 17 April 2014

Berterus terang

Soalan itu masih berputar dalam kepala. Terngiang-ngiang. Sebenarnya kedua-dua itu tiada perbezaan ketara. Pendekatan berterus terang dalam suatu perkara merupakan suatu sifat kejujuran. Begitulah yang pernah aku fikirkan dahulu. Entah bagaimana boleh pula aku terlupa, sedangkan aku berpegang pada prinsip ini dan beberapa kali sudah melakukannya. Bahkan dengan cara provokasi.

Mengais-ngais kembali memori lama, cuba mencari kembali ingatan tentang pengalaman tersebut. Barangkali sudah banyak tertanggal daripada dinding kenangan, tetapi aku tidak akan mungkin melupakan perasaan itu. Biarpun tertanggal, tetap meninggalkan bekas.

Ketika itu, pabila kami tidak berpuas hati terhadap seseorang, kami akan cakap perihalnya dibelakang pengetahuan dia. Bukan berniat memburukkan nama, tetapi hanya ingin meluahkan rasa. Tiada benci. Tetapi hal ini tetap merupakan sebuah sikap ketidakjujuran dalam persahabatan. Mengata dibelakang, dihadapan bermuka manis. Hipokrit semua. Tetapi apakan daya, ketika itu akal pendek ini merasa hanya dengan menyembunyikan rasa tidak puas hati inilah persahabatan mampu dipelihara kerana kami tidak mahu menyakitkan hati sesiapa, hakikatnya tidak. Sikap sembunyi itulah yang menyakitkan hati.

Sebenarnya, dalam gerak kerja kami dalam mentarbiyah adik-adik dan warga sekolah, ketua kami selalu berpesan, andai ada salah silap antara kita dalam bekerja bersama dalam keluarga dan ukhwah ini, harap dapatlah terus ditegur secara berhadapan dan berani. Tiada sembunyi-sembunyi. Tetapi meskipun berulang kali hal itu dipesan, tiada antara kami yang betul-betul melakukannya. Kami takut. Tetapi ketakutan itu yang meretakkan hubungan sesama kami. Andai sahaja kami mempunyai sedikit keberanian ketika itu untuk berterus terang, mungkin pengalaman pahit itu tidak akan terjadi.

Kami rasa, kalau kami berterus terang, orang itu akan sakit hati. Sebenarnya dengan banyak bersembunyi, itu lebih menyakitkan hati. 

Keadaan ketika itu begitu keliru. Dihadapan sesama, kami bergurau senda dan bergelak ketawa. Namun dalam sela-sela waktu yang mendung, yang itu akan berjumpa yang ini, menyatakan rasa tidak puas hati terhadap yang di sana. Kata-kata kecil yang semakin banyak itu sudah tidak dapat dibendung, makin bertimbun dan timbul dipermukaan. Ternyata dalam keluarga ini kami sebenarnya tidak dapat bekerjasama dengan baik. Zahirnya kami biasa dan normal, namun dalaman dan batin daripada setiap kami rata-rata bergolak. Sehingga ada daripada kalangan kami sangat terasa lalu berkata, “Ada sahabat yang tikam belakang aku.” Aku pun sampai tertanya-tanya dengan bimbang dalam diri, “Akukah yang menikam?”

Satu kejadian dalam satu malam mengubah banyak perkara. Dua bulan kami tidak bertegur sapa. Aku tidak tahu salah aku apa tetapi aku tahu aku banyak salah terhadap dia. Pabila terserempak dia mengalih pandangan,  pabila kami solat bersebelahan tidak bersalaman. Dia cuba mengelak diri daripada aku. Bukan tidak pernah kami tidak bertegur sapa. Banyak kali terjadi ketidakfahaman antara kami sebelum itu lagi, tetapi selalunya dalam 2 atau 3 hari kami akan berbaik semula. Cuma kali ini tidak lagi, dia benar-benar serius. Dua bulan bukan sekejap.

Daripada situ aku dapat tahu betapa pentingnya sikap terus terang dan kejujuran. Untuk mendapatkan semangat bekerjasama bukan mudah. Untuk bersikap jujur dalam persahabatan pun bukan mudah. Sebab itu aku tertarik dalam kata-kata bahawa kesejatian persahabatan hanya dapat diketahui apabila ia teruji. Persahabatan yang selalu berada dalam lingkungan selesa dan tenang sentiasa kurang bermakna. Biarkan persahabatan diuji, barukan kita tahu betapa tinggi rendah nilainya.

Hidup ini kita sentiasa belajar. Proses belajar itu memang perit. Penuh gelojak perasaan yang bercampur baur. Marah, sedih, gembira dan pelbagai. Tetapi perkara yang penting adalah, kita ingin belajar dalam kondisi yang bagaimana? Dengan berasa pembelajaran ini sebagai sebuah beban hingga kita rasa tertekan, atau cuba berasa pembelajaran ini sebagai sebuah kurniaan Tuhan hingga kita berasa seronok untuk sentiasa mendapatkannya. Kita yang pilih.


Peace no war! Wallahualam

Ahad, 5 Jun 2011

Jalan Cari Makan dan....

Sekarang pukul 2.30 pagi dan aku belum tidur lagi, ini rutin harian ku yang sangat tidak sihat..!! bila nak berubah ini, Kamal ? :(

Hurm... Petang tadi baru pergi ber'shopping' kat Tg Karang. Alah... beli barang keperluan dengan makan malam kat luar. Sekali sekala kan. Mula keluar pukul 6 dan balik pukul 10. Lebih kurang 4 jam 'pengembaraan'. huhu... Walaupun sekadar makan angin sempoi-sempoi, bagi aku aku mesti cari 'something'... what is it?

Kucing
Ada apa dengan kucing. Camni, masa tengah cari sandal baru... kat luar kedai tu aku nampak kucing yang lusuh 'pakaian'nya. Yela, kucing terbiar. Kesian dia... mioww!!(eh apame)
So tetiba aku terfikir sesuatu.

Nak tahu tak keistimewaan kucing? >Pembaca menjawab*nak3* Ok :D .. Kucing ini adalah satu haiwan yang bila kau bela kau tak susah-susah nak bagi makanan sentiasa, tak payah sediakan sangkar dan tak perlu dirisaukan kalau kucing ini jalan-jalan entah ke mana... cuma satu jer kau kena istiqamah! Kau kena bagi dia belaian dan kasih sayang yang berpanjangan. That's all !

Senangkan pelihara KUCING
~sweet smiley~

Begitu juga kita manusia. Apa yang menjalinkan kita, mengukuhkan pertalian kita dan yang mengekalkan jalinan kita adalah semaian benih belaian kasih sayang. Ibu bapa mendidik anak bukan dengan morality, honor atau kekayaan tapi belaian kasih sayang... itu dasar dia.

Tidak patut ada rasa terlebih kebencian atau berasa jelek dengan keburukan orang(macam kucing lusuh aku tengok tadi), buruk itu ada kerana tugas kita untuk membersihkan, bukan menjauhkan diri. Contoh kucing... kita boleh bawa dia balik rumah, mandikan dia kat rumah(guna shampoo,foam,facial wash) lepas itu jaga dia baik-baik. Itu baru namanya kasih sayang. Betul tak ? >Upin Ipin menjawab *betul3* huhu.... terima kasih upin ipin. :D

Baby Comey

Lepas cari sandal tadi, datanglah saat yang ditunggu-tunggu. Akibat perut kata lapar... makanan pun datang mari...hehe... tengah tunggu makanan tuh aku ternampak ada baby comey ngan ibu dia. Dan aku rasa redupnya hati bila pandang muka baby tuh...(seronoknyer dpt baby)

Tiba-tiba baby tu bersin. Camni bunyi dia *hachem*(tapi tak kuat macam naim..opss), ala wey... comelnyer... lalu aku pon mendoakan kerahmatan Allah kat dia. Dan terdetik kat hati aku. "Moga-moga dia menjadi khalifah Allah yang menyumbang kepada agama dan umat seluruhnya"

Wa Nn-urh A Sni
~comeykan, tapi bukan ini..

Itulah dia. seorang bayi telah memikul harapan ramai orang... dia ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan dia... insyaallah, aku pon punya harapan pada bayi lahir kat muka bumi ini, lebih-lebih lagi anak aku nanti(amboi...:P) agar mampu menjadi tonggak kebenaran agama!!

and then... aku pon melahap..:D
p/s : moga-moga kakak ko selamat mengandung hingga hari yang dinantikan ye Afham :}

itu jer aku nak citer...

Kepada pembaca-pembaca budiman sekalian. Habis baca ini,
Selawatlah ke atas Rasulullah S.A.W dan doakan aku agar dibimbing Allah untuk menjadi manusia dan membuat reformasi ke atas dunia...!! insyaallah....

dah..dah..dah... aku nak tidur. Assalamualaikum...










"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"