Pengikut

Halaman

Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Isnin, 31 Disember 2012

Isu Amanat Haji Hadi dan buku ‘Kafirkah Aku?’


-----------------------------------------------------

------------------------------------------------------
Sebelum diri membuat sebarang spekulasi dan pendapat, dengan perasaan ketidaksempurnaan dan kekurangan ingin mengakui bahawa saya bukan seorang yang layak dan ahli dalam memberi ulasan sehubungan maudhu’ di atas. Tidak berniat menyokong mahupun membantah, lebih kepada ingin mengajak menilai dan menyelami disebalik suasana kerancakan isu ini sebagai rakyat marhaen. Ternyata sedikit sebanyak perubahan pola bicara rakyat telah beralih kepada isu ini. Terdapat banyak buah perkataan yang berbaur sindiran, kritikan, ada yang bersikap defensif. Dan pastinya pihak kerajaan akan mengekspoitasi situasi ini secara optimum bagi memburuk-burukkan Haji Hadi(PAS) di setiap ruang media massa.

                Segala-galanya bermula dengan penerbitan buku sebanyak 86 halaman muka ini, ‘Kafirkah Aku?’ oleh C.N Al-Afghani. Saya sedang membacanya. Secara peribadi, saya tidak merasakan buku ini bersikap ofensif tetapi lebih kepada luahan hati dan perasaan selama dirinya berada duduk bersama menerajui perjuangan Islam dalam PAS. Setiap insan mempunyai keinginan untuk bersuara, berpendapat dan beremosi kerana itu adalah hak asasi yang tidak boleh disekat. Justeru dihalaman pertama sekali C.N Al-Afghani awal-awal memohon maaf terlebih dahulu sekiranya terdapat kesalahan dalam tulisannya dan harap akan diperbetulkan, bahkan beliau telah meramalkan bahawa dengan terbitnya buku ini, dirinya akan dilabel sebagai tali barut kerajaan, telah dirasuah dan lain-lain. Adapun ahli PAS akan mengatakan dia melawan ulama’. Tetapi sebenarnya beliau menekankan bahawa usaha ini semata-mata adalah usaha mencari kebenaran. Maka bagi saya ia perlu dihormati.

MUAT TURUN PERCUMA

                Ketika amanat ini disampaikan 30 tahun yang lalu, ternyata ia telah memberi kesan yang besar terhadap pemikiran ahli-ahli PAS. Saya tidak mampu menghuraikannya kerna itu bukan zaman saya. Cuma apa yang cuba diluahkan oleh C.N Al-Afghani adalah memilukan dan menyedihkan. Setiap butir perkataan yang ternukil melalui buku beliau tertonjol rasa kekesalan dan keinsafan. Dengan semangat darah muda yang mengalir dalam badan serta rasa semarak api perjuangan atas kecintaannya terhadap Islam, mata beliau telah buta dalam menilai. Cinta itu memang buta, biarpun cintakan agama. Baca di bawah ini luahannya dalam buku Kafirkah Aku? bab ‘Warkah buat Datuk Seri Hj Hadi’.

“Saya bukan hendak mendedahkan apa yang telah dilakukan sekadar bahan bacaan biasa sahaja, tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar kesan dari ‘Amanat Hj Hadi’, juga tarbiah yang kami terima dari PAS. Dengan amanat dan ceramah keras dari Datuk Seri membuatkan saya derhaka kepada ibubapa,menyebabkan saya putuskan hubungan keluarga dengan saudara kandung, menyebabkan saya hingga merancang untuk membunuh PM dan pimpinan UMNO. Demikianlah dahsyatnya akibat dari amanat Datuk Seri itu. Amanat itu telah mendatangkan malapetaka yang besar terhadap umat Islam di Negara ini. Perpecahan yang tidak dapat dicantum lagi.”

                Sejujurnya berbekalkan darah muda yang saya miliki juga kesilapan ini seperti ini pernah saya lakukan, perasaan kekesalan ini juga saya rasakan dahulu sampai sekarang. Kerana politik saya pernah bersikap kurang ajar dengan ibu saya sendiri. Saya ditarbiah disekolah yang beraspirasikan perjuangan Islam, terdapatlah sedikit isu politik yang memasuki ruang sembang. Namun ibu bapa saya BN. Dalam usaha kononnya ingin ‘selamatkan’ ibu bapa, saya melakukan kesilapan yang menitiskan air mata ibu saya. Tidakkah itu memilukan? Pasti. Dan saya bersyukur Allah menyedarkan saya awal lagi dalam usia yang begitu muda. Mungkin Amanat Hj Hadi ada benarnya, tetapi percayalah untuk mengharapkan rakyat awam dan biasa seperti kami untuk memahaminya dengan benar adalah jauh sekali.


                Kesan Amanat Hj Hadi juga dapat dilihat dengan peristiwa Memali dan Ibrahim Libya. Dikatakan mereka yang terbunuh dalam peristiwa itu telah mati syahid walhal tidak! Jenazah mereka wajib dimandikan kerana mereka bukan syahid! Mereka menentang orang Islam bukan orang kafir! . Seperti ini jugalah kaum muda di Mesir salah faham terhadap pemikiran Syed Qutb melalui buku Ma’allim Fit Tariq hingga tertubuhnya gerakan radikal, cenderung untuk melakukan jihad melalui senjata.
Mengkafirkan saudara sendiri kerna salah faham terhadap konsep ‘Hukum Allah’. Sebenarnya banyak lagi kesan daripada amanat ini, anda boleh cari.

Dari dahulu lagi saya berpendapat dengan menekankan bahawa setiap butir bicara kita haruslah selaras dengan tahap pemikiran masyarakat, selaras dengan norma masyarakat. Kita tidak boleh salahkan masyarakat dengan mengatakan, “Seharusnya masyarakat kita mengkaji dahulu sebelum mengeluarkan pendapat”, itu sesuatu yang mustahil  kerana setiap individu mempunyai own will. Maka kesalahan sebenarnya akan jatuh kepada kita kerana salah bentuk didikan dan tarbiyah.

Jangan mengeluarkan masyarakat daripada proses pembodohan daripada kerajaan dengan memasukkan mereka ke dalam proses pembodohan daripada kita pula. Ibarat mengeluarkan daripada penjara kotor dan buruk kepada penjara yang lebih cantik.

                Minta maaflah, ini hanya pendapat dan pandangan yang dicampuri luahan hati dan perasaan. Sama macam C.N Al-Afghani, suatu usaha untuk mencari kebenaran. Ada salah dan silap harap diperbetulkan dan dikritik. Apa-apa pun kepada kerajaan, saya tetap ingin mengatakan tindakan media massa yang dikuasai kerajaan dengan memburuk-burukkan Haji Hadi dan PAS adalah suatu tindakan orang yang pengecut! Sekiranya mereka mengamalkan demokrasi dan betul-betul ingin menyelamatkan Akidah seharusnya dibuka ruang seluas-luasnya untuk Hj Hadi untuk bersuara dan memberi penjelasan berkenaan isu ini. Rakyat perlu diberi ruang untuk berfikir tanpa sekatan dan pengaruh sebelah pihak sahaja.

Wallahualam.

Jumaat, 21 September 2012

Umat Islam, ayuh bangkit!


Mereka tidak akan pernah berhenti. Selagi bumi ini bertatahkan Islam sebagai hiasan kemanusiaan dan ketamadunan, selagi itu para durjana yang berhasad penuh kebencian terus cuba merobek dan membuangnya. Permusuhan ini bukan permusuhan bangsa dan agama, bahkan ini adalah permusuhan yang dicetuskan segolongan manusia yang ingkar kepada Allah yang Maha Esa. Lalu jiwa-jiwa yang berpaksikan wahyu dan sunnah sebagai jalan hidup akan terus diserang bertalu-talu dengan segenap kekuatan yang mereka ada. Rasulullah tidak puas dicaci hina, umat Islam tidak sudah diganyang dan dibinasakan. Namun, biarpun apa yang terjadi percayalah cahaya Islam ini tidak akan terpadam. Ini janji Allah kepada Rasul, kepada umat, kepada kita, anda dan saya.

“Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai”. (At-Taubah: 32)

                Realiti kondisi umat Islam sekarang memilukan. Ramai yang merana ditindas dan dizalimi. Kebebasan mereka disekat, hak mereka ditahan, kebajikan mereka terbengkalai. Paling perit nyawa mereka seolah-olah tiada harga langsung pada kaca mata kemanusiaan. Ternyata, mereka dilayan oleh segolongan syaitan yang bertopengkan manusia kerana sebenar-benar  manusia itu sepatutnya adan nilai simpati, kasih saying dan kebaikan walaupun sedikit.

Cuba kita tinjau kembali bagaimana muslim Rohingya disembelih dan diinjak-injak maruah mereka. Rakyat Palestin yang daripada dahulu sampai kini masih dibelenggu krisis dan konflik. Tidak lupa juga kepada Syria yang masih lagi diganyang oleh pemerintah kejam mereka. Belum lagi dikira di negara-negara yang mengharamkan pemakaian tudung untuk penganut muslim. Ah. Terlalu banyak untuk diceritakan.

                Dan yang terbaru filem Innocence of Muslim telah membuatkan darah umat Islam seluruh dunia mendidih apabila peribadi Rasulullah digambarkan dengan penuh jijik dan hina! Peristiwa penghinaan ini adalah salah satu rentetan daripada siri-siri penghinaan sebelumnya seperti filem Fitna dan karikatur nabi yang mendapat banyak bantahan daripada umat Islam.

Sungguh, mereka tidak akan berhenti! Kebencian yang meruap-ruap dalam diri musuh-musuh Islam ini telah meranapkan seluruh kejernihan hati insan. Mereka telah mencampakkan fitrah hidayah kurniaan Allah itu sejauh-jauhnya dan terus membuta terhadap kebenaran.  Inilah yang disebut oleh Allah melalui firmanNya dalam Al-Quran

“Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat.” (Al-Baqarah : 7)

                Justeru apakah reaksi dan tindakan kita? Hari ini saya melihat ramai yang ingin berkumpul membuat demonstrasi bantahan dan tunjuk perasaan terhadap filem tersebut. Syabas! Saya puji dan sanjung. Laungkan rasa sensitiviti kita dengan cara selayaknya. Buktikan bahawa kita umat yang sentiasa memuliakan baginda, tidak rela sesekali baginda dicuit dengan kata nista mahupun cemuhan. Apatah lagi manusia yang mencela baginda dengan bentuk lakonan yang sangat jijik dan kotor.


Ayuh bangkit! Kini saya bukan sahaja menyeru anda untuk berdemo, tetapi ada suatu yang lebih utama lagi. Ayuh kita bangkit menghidupkan sunnah baginda. Cinta suci tidak sempurna hanya dengan berdemo, kerana selepas berdemo perasaan marah itu akan reda. Maka himpunan ini harus disusuli dengan kesedaran, lantaran kesedaran mampu dibawa pada setiap liku perjalanan. Kesedaran bahawa selagi umat Islam kini masih lemah, maka musuh-musuh Islam akan makin berani mempermainkan kita.

                 Kita tidak mahu lagi baginda dihina lagi. Kita tidak ingin melihat nyawa saudara kita di sana terus dirobek. Kemarahan semata-mata tidak tepat dalam mendukung rasa prihatin kita pada Rasulullah dan umat. Sebaliknya sunnah baginda dan perpaduanlah yang harus kita junjung demi meraih kekuatan  dan ruh Islam. Islam tidak akan tertegak dengan akal, ilmu, sains dan teknologi. Islam tertegak dengan ibadah, sunnah, doa dan perpaduan umat Islam! Letuskan kemarahan kita dengan jiwa harapan dan perpaduan. Perbanyakkan aliran air mata keinsafan dan kesedaran dengan hati kehambaan.

Sesungguhnya nusrah Allah datang apabila hati-hati umat ini saling terpaut dan apabila hanya kepada Allah kita bertawakal dan bergantung harap. Hikmah yang tercicir itu bukan ilmu, sebaliknya identiti. Ketika dulu, para muslimin menumpukan hidup pada hari selepas mati, di zaman ini kita sibuk mencari rezeki dunia dan takut mati. Ketika dulu harta dan keluarga ditinggal demi memperjuangkan agama, kini agama sanggup dijual dengan murah demi meraih nikmat yang tidak seberapa.  Jadi kesimpulan bagi segala bentuk kesedihan dan musibah yang melanda umat sekarang ini adalah teguran dari Allah.

Kita masih leka dan lalai. Hanya tergerak dan terlintas untuk bertindak apabila timbulnya isu. Sedangkan hal ehwal umat Islam adalah “Isu sepanjang  masa, bukan isu semasa” . Tidak hairanlah di sini kita masih lagi sibuk bertelagah sesama sendiri, hingga apabila hendak melaksanakan rencana yang mengandungi kepentingan ummah pun akan terhalang akibat perbezaan ideologi dan perjuangan.

Belum lagi dikira dengan individu-individu yang langsung tidak ambil cakna dan mengamalkan falsafah “Ada aku kesah?” dalam hidup mereka. Di sini kita boleh lagi bergelak ketawa dan bergurau senda. Punya ruang lagi untuk bersenang lenang dan tinggal di kediaman yang selesa. Tetapi ingat. Itu semua hanya buat masa ini. Siapa jamin Malaysia ini tidak akan diserang? Maka sekarang kita harus berrsedia membina kekuatan dan keteguhan iman untuk menunggu sesuatu yang tidak diduga.

Kita perlu bersatu dan berpadu. Nilai-nilai Islam yang pudar harus digilap kembali.
Maka ayuh kita bangkit! Kita kembali menjulang Islam di mata dunia   

Jumaat, 10 Jun 2011

Preview Adinda Evans

toward the light II by ~mi9ba7 from deviantart.com

Isu Adinda Evans. Satu isu yang biasa yang menjadi luar biasa. Terhangat di dada-dada akhbar dan media massa. Jangan salah faham. Isu biasa kerana itulah majoriti "modal insan" yang dilahirkan sekarang. Kalau hendak diikutkan ternyata beribu-ribu gadis sebaya dia telah rosak.Menjadi isu luar biasa kerana jarang ada orang hebohkan perlakuan buruk tersebut secara terang-terangan !

Apabila berlaku macam ini, tersentaklah seluruh negara. Pelbagai reaksi kita dapat lihat. Mulalah keluar tohmahan dan kritikan atas dasar luahan seorang warganegara yang "prihatin". Aku puji "keprihatinan" mereka tetapi aku kurang senang dengan adab dan budi pekerti mereka. Sememangnya masyarakat kita punya kesedaran terhadap isu-isu begini, aku betul-betul puji tetapi masalahnya kita tidak mampu tangani dengan baik.

Apakah reaksi sebenar yang patut kita tonjolkan? Ingat satu perkara. Kita tidak sempurna!

Penerimaan dan Sabar.

Aku tidak bermaksud kita harus redha dengan perbuatan terkutuk ini. Cuma idealisme judgement adalah perkara pertama harus dibuang daripada pemikiran kita sekarang. Hukum-menghukum orang lain adalah satu habit negatif yang telah lama tertanam dalam peribadi masyarakat Islam. Ia berlaku akibat emosi yang tidak stabil.

Seharusnya satu sikap neutral harus diambil. Tidak cenderung ke arah agree atau disagree. Tetapi kita menerima kekurangan dan kelemahan seseorang manusia(nobody perfect) dan kita buat pertimbangan berdasarkan lumrah kemanusiaan. Pelbagai perkara harus diambil kira untuk memberikan solusi yang terbaik terhadap mangsa, keluarga kita, komuniti dan negara melalui langkah pencegahan dan pembaikan dalam sesuatu sistem sosial.

Semuanya harus dijalani dengan sabar. Ya. Kita harus bersabar!

Nasihat dan bimbingan

Inilah yang selalu dilupakan. Kebanyakan kita suka beritahu(nasihat) tapi berat tulang untuk menunjuk(bimbing). Tertarik dengan kata-kata daripada Ustaz Hasrizal.

"Berdakwah bukan untuk memberi tahu tetapi ingin mencetuskan mahu agar bergerak menuju mampu. Pencerahan bukanlah pada menghimpunkan maklumat dan pengetahuan, tetapi membuka jalan kembara insan mengenal Tuhan"

Cara ini memerlukan tahap kesabaran dan ketabahan yang sangat tinggi. Untuk mencetuskan mahu perlu kepada bukti. Kerana pepatah Inggeris ada menyebut "Action speak louder than words" Untuk itu kita perlu bersahabat dengan mereka untuk membenarkan kita memasuki keadaan ruang "personal" mereka. Mana mungkin racun ular tedung dapat dirawat dengan vaksin ular lain. Kita perlu tahu kondisi sebenar agar cara yang tepat dapat digunakan.

Nasihat secara "keras" sedikit?

Perlukah mekanisme sindiran,perli-memerli dan kutukan? Ada orang berkata mekanisme ini ingin membuat orang sedar tentang perkara yang mereka buat itu, ramai orang lain tidak suka dan benci. Tetapi dimanakah tahap keberkesanannya? Tercapaikah objektif untuk menghapuskan kesalahan orang itu?

Tidak sama sekali!

Mekanisme itu hanya menjengkelkan dan mendatang kebencian daripada pihak yang dikutuk. Yang terhasil hanya "KUTUK-MENGUTUK". Racun jangan diubat dengan racun. Ingat kembali, kita tidak sempurna! maka tiada hak untuk itu.

Kesimpulannya.

"Thing just not going right, but myself is the only right!! I believe in that" quote from me :)

Bila aku cuba tempatkan diri aku pada tempat dia berada sekarang. Spesifik lagi dalam tekanan dunia yang melanda diri dia. Aku hanya dapat hasilkan kata-kata di atas. Walaupun kucar-kucir kehidupan telah dia ciptakan tapi dia percaya pada diri dia bahawa dia selalu betul! Apa maksudnya? She knows, that she wrong! but she believe "right" thing that occur to her in how to fix it. Not affected by other people.

itu sekadar andaian. Mari berdoa untuk dia agar diberikan hidayah oleh Allah. Ameen.
Adinda Milano Evans'









"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"