Pada pandangan mata aku, anak-anak dihadapan aku ini, yang hidup mereka sangat tidak terurus dan teratur, yang pencapaian peperiksaan mereka selalu gagal, yang selubung hari mereka penuh dengan hamburan kata-kasar kasar, boleh saja aku sebut anak-anak ini merupakan anak-anak yang liar, degil, sukar dikawal dan pelbagai lagi label negatif sesuai aku sandarkan.
Kenyataannya label itu memang benar. Tetapi aku enggan meletakkan label-label tersebut meskipun benar. Kerana mengungkapkan kebenaran, dalam menyatakan hal yang kita tidak kita senangi selalu menimbulkan rasa jelek dan jijik hingga rasa kasih sayang pun dikalahkan oleh kejelekan tadi.
Dalam banyak perkara, adakala kebenaran tidak wajar dijadikan kayu ukur untuk menilai sesuatu perkara. Bukanlah ertinya aku menolak untuk mengakui kenyataan tentang realiti yang berlaku, tetapi dalam hidup ini sebenarnya ada yang lebih penting daripada kebenaran. Perkara yang lebih penting itu adalah harapan.
Kebenaran hanya mengungkapkan hal tentang realiti sekarang sekarang, harapan pula menciptakan realiti baru pada hari kemudian. Ketika kebenaran menelanjangkan setiap keaiban manusia pada hari ini, harapan pula menawarkan pakaian kejayaan untuk mereka menutup itu semua pada hari depan. Harapan memang selalu lebih penting daripada kebenaran.
Begitulah aku melihat anak-anak ini. Ketika aku memandang mereka dengan ukuran kebenaran, yang jelek-jelek pastinya akan keluar. Tetapi apabila aku memandang mereka dengan ukuran harapan, aku sebenarnya sedang menjangkakan potensi anak-anak, apa yang mampu mereka jadi pada hari hadapan. Aku tahu mereka boleh jadi lebih baik, lebih pandai, lebih beradab dan berakhlak. Meskipun pandangan mata aku membuatkan aku tidak yakin untuk semua itu, tetapi aku tetap meletak percaya pada anak-anak ini.
Seburuk manapun manusia itu, awalnya mereka semua dilahirkan dalam keadaan fitrah, dalam keadaan berkehendak kepada kebaikan. Maka seteruk manapun kita melihat diri manusia itu, setiap mereka mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik. Fitrah kurniaan Tuhan itu sendiri merupakan lambang harapan buat manusia yang sepenuh hidupnya dulu dinodai dosa. Kerana itu dibukakan kepada kita pintu taubat.
Lagi pula mereka ini masih awal usia. Dosa mereka masih sedikit. Diri mereka masih mudah lagi untuk dibentuk kembali. Cuma bergantung pada kitalah, orang-orang dewasa untuk mencorakkan siapa akan mereka jadi. Jangan disalahkan mereka nanti kalau kala besar banyak menyusahkan masyarakat, tetapi salahkan diri kita sendiri. Di mana kita ketika anak-anak ini perlukan tunjuk ajar, bimbingan dan didikan kita?
Ketika mereka sudah besar, dengan kaca mata kebenaran kita menggelar mereka sampah masyarakat, tetapi kebenaran yang tersembunyi, kitalah yang menjadikan mereka sampah masyarakat. Kitalah yang menghancurkan harapan untuk mereka jadi lebih baik. Semuanya akibat kita terlalu buta dengna kebenaran!
Pengikut
Halaman
Memaparkan catatan dengan label Khairiyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khairiyah. Papar semua catatan
Khamis, 4 September 2014
Khairiyah : Pandanglah Dengan Harapan
Selasa, 2 September 2014
Khairiyah : Bila Anak-Anak Bertelingkah
Saat sukar bagi aku dalam waktu-waktu mengendalikan perihal perangai anak-anak ini adalah saat ketika mereka bertelingkah ataupun bergaduh. Mati akal kala itu. Menguruskan ketidakmatangan mereka pada waktu sebegini adalah suatu perkara yang sukar sekali. Kedua-duanya ingin menang, tiada seorang pun sanggup mengalah.
Yang dipukul akan terus menyalahkan, yang memukul pula akan terus-menerus memberi alasan menjustifikasikan perbuatannya. Kita ini yang cuba meleraikan kekusutan, pada awalnya cuba menjadi seakan hakim yang mengendalikan kes, mencari pesalah yang perlu bertanggungjawab, tetapi untuk anak-anak kekadang tidak sesuai untuk dikendalikan dengan cara hukuman.
Anak-anak punya rasionalnya sendiri. Meski kita tahu dia salah, dia tetap percaya bahawa dia tidak bersalah. Padanya, dia ada sebab yang kukuh untuk berbuat demikian. Kekadang alasan yang selalu diberikan pada kita, dia sekadar bergurau. Paling cikai pun alasan yang akan diberi, "Saya pukul perlahan."
Kalau kita tetap menjatuhkan salah pada anak-anak, mereka akan mula membenci hingga hilang hormatnya pada kita. Kononnya kita memperlakukan mereka secara tidak adil. Itu lebih bermasalah. Perkara sebegini yang menjadikan aku buntu. Dalam apa keadaan sekalipun, perkara yang penting, setiap apa yang hendak diperbuatkan kepada anak-anak mestilah bersifat mendidik. Kalau yang lahir adalah benci, maka tujuan itu tidak sampai.
Sampai sekarang aku rasa, kalau melihat anak-anak ini bertelingkah, paling yang boleh aku lakukan adalah menyuruh mereka bersabar. Hampeh. :P Yang diganggu itu akan aku jaga, yang mengganggu itu pula akan aku suruh berhenti kalau dia tidak berhenti. Itu sahaja yang mampu aku lakukan. Lepas itu aku biarkan apa yang berlaku tadi berlalu. Sebab apapun yang berlaku, hidup mesti diteruskan wahai adik-adik. Usah dikenang barang yang lepas, hanya menyakitkan hati sahaja. Haha. Ok, apa aku merepek ini.
Entahlah. Banyak lagi perlu belajar. Peace! ;)

Langgan:
Catatan (Atom)
"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"