Pengikut

Halaman

Selasa, 2 September 2014

Khairiyah : Bila Anak-Anak Bertelingkah

Saat sukar bagi aku dalam waktu-waktu mengendalikan perihal perangai anak-anak ini adalah saat ketika mereka bertelingkah ataupun bergaduh. Mati akal kala itu. Menguruskan ketidakmatangan mereka pada waktu sebegini adalah suatu perkara yang sukar sekali. Kedua-duanya ingin menang, tiada seorang pun sanggup mengalah.

Yang dipukul akan terus menyalahkan, yang memukul pula akan terus-menerus memberi alasan menjustifikasikan perbuatannya. Kita ini yang cuba meleraikan kekusutan, pada awalnya cuba menjadi seakan hakim yang mengendalikan kes, mencari pesalah yang perlu bertanggungjawab, tetapi untuk anak-anak kekadang tidak sesuai untuk dikendalikan dengan cara hukuman.

Anak-anak punya rasionalnya sendiri. Meski kita tahu dia salah, dia tetap percaya bahawa dia tidak bersalah. Padanya, dia ada sebab yang kukuh untuk berbuat demikian. Kekadang alasan yang selalu diberikan pada kita, dia sekadar bergurau. Paling cikai pun alasan yang akan diberi, "Saya pukul perlahan."

Kalau kita tetap menjatuhkan salah pada anak-anak, mereka akan mula membenci hingga hilang hormatnya pada kita. Kononnya kita memperlakukan mereka secara tidak adil. Itu lebih bermasalah. Perkara sebegini yang menjadikan aku buntu. Dalam apa keadaan sekalipun, perkara yang penting, setiap apa yang hendak diperbuatkan kepada anak-anak mestilah bersifat mendidik. Kalau yang lahir adalah benci, maka tujuan itu tidak sampai.

Sampai sekarang aku rasa, kalau melihat anak-anak ini bertelingkah, paling yang boleh aku lakukan adalah menyuruh mereka bersabar. Hampeh. :P Yang diganggu itu akan aku jaga, yang mengganggu itu pula akan aku suruh berhenti kalau dia tidak berhenti. Itu sahaja yang mampu aku lakukan. Lepas itu aku biarkan apa yang berlaku tadi berlalu. Sebab apapun yang berlaku, hidup mesti diteruskan wahai adik-adik. Usah dikenang barang yang lepas, hanya menyakitkan hati sahaja. Haha. Ok, apa aku merepek ini.

Entahlah. Banyak lagi perlu belajar. Peace! ;)

Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"