Pengikut

Halaman

Isnin, 8 September 2014

Diamkan Sahaja Ketika Kau Disalahfahami

Seperti yang pernah diberitahu oleh sahabat aku sendiri. Ketika kita disalahfahami oleh orang, ada baiknya untuk kita tidak menjelaskan apa-apa. Betapa andai kita susunkan baik-baik kenyataan di hadapan mereka, mereka selalunya tetap tidak akan faham, kerana mereka tidak sediapun untuk memahamkan keadaan sebenar.  Mereka sebenarnya ingin melihat apa yang ingin mereka lihat, mereka tidak akan nampak selain itu. Membela diri dalam keadaan seperti ini tidak akan membuahkan apa-apa hasil. Sia-sia.

Maka kita hanya perlu diamkan sahaja. Biarkan mereka menaburkan kata yang mereka suka, itu tetap tidak akan mengubah hakikat perkara. Diamkan. Itu lebih baik.


Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"