Pengikut

Halaman

Sabtu, 23 Ogos 2014

Belajar Tentang Kepastian

Sebelum kau tahu bila seseorang itu akan pergi, kau sudah harus belajar bagaimana untuk melepaskan pergi sebelum sampai waktu, sebab pemergian itu pasti. Dalam bertemu, pasti ada berpisah. Jangan khayal sangat bermimpi untuk sentiasa bersama sehingga terlupa bahawa akan ada waktu kalian akan berpisah.

Dalam hal lain juga, selain kau sibuk merancang untuk berjaya, kau harus belajar merancang untuk gagal dahulu. Sebab belakang kejayaan itu pasti tersusun tangga-tangga kegagalan yang akan kau tempuh berkali-kali dahulu sebelum sampai kemuncak. Jangan kau khayal mengejar mimpi hingga terlupa apa yang perlu kau rempuh dulu.

Begitulah. Hidup ini harus belajar tentang sesuatu yang pasti dahulu, kemudian baru kau kejar anganmu itu. Kalau tidak kau akan terperangkap dalam ilusimu sendiri. Kau salahkan dunia, tetapi dunia sebenarnya sudah tunjukkan kau semua kenyataan, kau sahaja yang perlu belajar. Sepertimana kau sudah tahu kenyataan tentang tingginya gunung, kaulah yang harus belajar bagaimana untuk mendaki.

Maka, belajarlah tentang kepastian agar tidak cepat kau kecewa dan sedih.

Hidup ini memang susah. Kalau tidak susah, itu hanya ada di Syurga kok. Huhu

Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"