Pengikut

Halaman

Khamis, 7 Ogos 2014

Perubahan

Pertama sekali, pabila bicara perihal budaya ilmu, saya melihat bukan isu kuantiti program mahupun pengajian yang menjadi fokus tetapi perkembangan pemikiran dan pembentukan pandangan hasil aktiviti tersebut kepada setiap pelajar dalam menilai sesuatu perkara sebenarnya.Ya. Mungkin sebelum ini saya jawab, "Ada la jugak" sebab saya melihat ada sisi kesedaran ilmu yang sedang membangun walaupun segelintir sahaja. Atau lebih tepat dalam lingkungan yang berada disekeliling terdekat saya sahaja.

Kedua, apa yang hendak diubah? Saya cenderung untuk membahagikan perubahan kepada 2. Konsep dan mekanisme. Perubahan suatu bentuk masyarakat dan tamadun bergantung dengan tahap dayapemikiran yang berobjektif oleh individu-individu yang menjadi anggota masyarakat tersebut.(Pandangan Malik Bennabi *saya ambil secara kasar)

Jadi perubahan konsep(pemikiran) akan menghasilkan perubahan/pembinaan mekanisme(bentuk/model masyarakat dan tamadun). Dan konsep yang paling utuh dan ampuh adalah konsep Tauhid dan Akidah. Nilai-nilai moral dan kemanusiaan yang tidak berpaksikan akidah akan menjadi rapuh dan senang berubah-ubah.(Dikutip drpd Maallim fittariq).

Kerana itu sebagaimana kita melihat, ramai orang yang ingin berubah tetapi tidak sedia, mahu dan mampu kerana tiada tahu mengapa, bagaimana, sejauhmana perubahan(berubah dan mengubah) itu didambakan. Tidak berobjektif ataupun lebih tepat tidak mampu mengenal objektif biarpun telah merasainya melalui bisikan fitrah dan iman yang inginkan kedamaian, ketenangan dan keadilan.

Padahal, sejarah telah mengukir banyak kisah perihal perubahan. Saya melihat 2 kisah yang harus diambil pedoman adalah Kisah Perubahan Arab Jahiliah dan Kisah Perubahan 'Renaissance'. 2 masyarakat ini berubah dan bertransformasi  secara berlainan. Arab Jahiliah mengikuti ajaran agama, masyarakat Eropah pula vice versa yakni meninggalkan agama.(Lebih kurang kata-kata Al-Afghani saya adaptasikan)


Dan secara peribadi saya menekankan bahawa perubahan, bukan 'ubah' tapi 'kembali'.(Kutip pndgn Al-Qaradhawi) Lebih tepat lagi seperti mana yang diulas oleh Muhammad Al-Ghazali, "Al-Quran bukan perlu tafsiran yang baru, tetapi tafsiran yang tepat."(Buku Warisan Pemikiran Islam). Namun siapa mampu mempunyai tafsiranyang pastinya betul-betul selari yang dikehendaki Islam. Setiap ijtihad ulama'adalah pandangan ulama' itu tentang setiap hukukm-hakam dan perkara yang berkaitan Islam, bukan pandangan dari sisi Islam yang hakikat.(Ahmad Abdul Wahib)

Jadi perubahan, memerlukan kerjasama, keterbukaan, kebebasan, saling rai-meraikan dan keadilan. Perubahan yang menjamin perubahan mahasiswa yang bernilai, perubahan yang dapat menunaikan segala hak-hak mahasiswa, tetapi perubahan yang dapat memperluaskan ruang kebebasan secara 'konsep' bukan 'mekanisme'. Yakni luas pandangan, tidak terlalu rigid untuk mencapai sesuatu(kreatif).

Sampai sini jer kot. Saya pon dah merapu banyak dah ini. Pasal program itu, maaflah, saya tak pergi kot. Sedang bereskan hal-hal lain yang belum terjamin :) Salam~

2 ulasan:

Raden Qurratu 'Aini berkata...

merapu pa nya.

kalu hat ni merapu, dah tu yang betui punya camna?

^^ keep on writing

arifputera berkata...

haha. thanks kak. I will. ^^

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"