Pengikut

Halaman

Isnin, 11 Ogos 2014

Pasakkan percaya

Kita sudah terbiasa mendengar dan patuh, membiar sahaja dunia memberitahu diri apa yang patut dan tidak patut dilakukan. Kita menerima semua itu sebagai suatu kebenaran yang tidak terbantahkan. Hingga sampai suatu ketika, hal itu menghakis kepercayaan dan keyakinan kita terhadap diri sendiri. Kita hilang kebolehan dalam menentukan siapa diri kita ingin menjadi dan hanya tunduk pada kata orang. Akhirnya kita tidak menjadi diri kita, tetapi menjadi orang lain. Jati diri terhapus.

Padahal, lain orang maka lainlah cara pemikirannya. Mengapa kita membiarkan diri mengikut acuan orang lain dalam berfikir dan berkehendak? Tidakkah kita mempunyai citarasa dan pilihan sendiri? Pastinya.

Maka kita harus ada percaya pada diri. Pada hal yang kita fikirkan baik, maka hiraukan pada ramai orang yang membantah. Biar seribu orang melawan diri kita yang seorang, tetapi kebenaran bukan daripada ukuran kuantiti. Berdegillah dengan pilihan yang dibuat, namun bukan kerana ingin menunjuk ego, tetapi ingin menunjuk bahawa kita pun mempunyai akal juga! Tahu membuat pertimbangan jua. Justeru tidak perlu hendak mengarah semua perkara pada kita. Kita berhak untuk memilih patuh atau tidak.

Kita ada jalan kita sendiri.

Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"