Pengikut

Halaman

Isnin, 14 April 2014

Catatan Khairiyah - Kejujuran


Kanak-kanak, sikap mereka begitu jujur. Mereka jarang menyembunyikan perasaan yang sedang mereka alami. Segala yang dirasa akan diluah tanpa memikirkan apa yang akan diperkatakan orang yang melihat. Ya. Mereka sangat jujur. Bukan sahaja terhadap kita malah terhadap diri mereka sendiri. Kanak-kanak tidak pernah pandai menjadi hipokrit dan menipu diri sendiri. Sifat-sifat kemanusiaan yang sedia ada dalam diri mereka sentiasa dipersembah dalam keadaannya yang asli. Mahupun sifat yang baik atau pun yang buruk.

Lihatkan, tatkala kanak-kanak ini sedih, mereka tidak akan pernah cuba untuk menahan air mata daripada mengalir. Melaju sahaja ia turun daripada tubir mata. Ketika mereka marah, mereka pun tidak hirau sudah sesiapa. Sepak terajang sudah terajang pasti tersedia untuk ditujukan kepada rakan yang menyakiti diri. Kalau mereka sayang seseorang pula, mereka tidak malu untuk bermanja dan menunjukkan kasih mereka yang ingin selalu mendekat. Begitu juga jika mereka tidak mendapat perhatian dan kasih sayang, mereka akan sering memberontak. Inilah sifat kejujuran kanak-kanak, jarang terjelma melalui kata, tetapi melalui perilaku yang bebas, yang terang, yang jelas dan tiada bersembunyi.

Kejujuran kanak-kanak ini lahir daripada jiwa mereka yang bersih. Tidak terpengaruh dengan nafsu yang membuak dan proses fikiran yang merumitkan. Hanya semata ingin mencari kebahagiaan dalam pengertian mereka. Kejujuran mereka merupakan sebuah tanda apakah yang akan mereka jadi pada masa hadapan. Kerana itu, pada peringkat inilah harus dibentuk peribadi mereka, dimana kejujuran yang mereka pamerkan ini dan sifat kemanusiaan yang mereka tunjukkan ini dapat dijadikan panduan dalam pembentukan tersebut agar terhasil suatu akhlak yang baik tatkala menginjak dewasa.

Perangai dan perilaku yang berlaki pada peringkat kanak-kanak masih lagi neutral, tetapi a perlu dibentuk dan diperhalusi kerana pabila menjadi remaja dan dewasa, perangai-perangai itu sudah mempunyai nilai.

Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"