Pengikut

Halaman

Jumaat, 18 April 2014

Akal tiada limitasi


Catatan di bawah ini adalah ekstrak komen aku di status Megat Hanis. Sengaja ingin dikongsikan. :)

Setakat ini tiada siapa dapat menentukan di mana limitasi akal. Limitasinya dalam hal ini kah? dalam hal itu kah? Tidak, tiada siapa tahu. Peranan akal adalah terus menerus berfikir. Pabila tidak jumpa jawapan, tersangkut dan buntu bukan bermaksud ia telah capai limitasi, tetapi ia masih belum cukup bahan, maklumat dan jaringan konsep serta logik, dimana seseorang itu memerlukan hayat yang panjang untuk mendapatkan perkara ini semua. Bila sudah dapat, baru ia dapat bergerak kehadapan lagi.

Dalam hal ini, andai ada limitasi bagi akal, itu adalah kerana faktor ruang waktu, ruang dimensi alam, kurangnya jaringan maklumat dan konsep, kerana akal hanya dapat meneliti apa yang dia tahu dan yang berada dalam cakupan deria dan rasional, bukan apa yang dia tidak tahu dan luar daripada itu.(Maka, kalau diabaikan semua faktor tersebut, kita boleh katakan bahawa akal tiada limitasi.)

Namun kesingkatan 'hayat' manusia ini telah telah dipanjangkan melalui cara peninggalan idea untuk dikaji oleh generasi seterusnya. Begitulah kita melihat, dunia makin lama makin berevolusi kerana berlakunya perkembangan idea dalam satu garisan sejarah yang panjang. Lihat bagaimana Kereta berevolusi, Kapal terbang berevolusi, ideologi seperti Liberalisme berevolusi, bahkan agama juga berevolusi!

Hakikatnya 'idea mutlak'(sedia ada wujud namun dalam keadaan relatif) tentang kereta, tentang kapal terbang(bagi contoh mudah2 ja), tentang segala macam benda di zaman moden ini telah wujud sejak alam ini dicipta.Cuma akal manusia tidak mampu menemukan(invention) ia dalam waktu yang singkat. Sebab itu ia berevolusi dalam satu garisan sejarah yang panjang.

Tetapi adakah kita telah mencapai 'idea mutlak' tentang kereta, tentang kapal terbang sebenarnya? Kita tidak tahu, tapi akal manusia akan terus berfikir untuk mencari sesuatu yang belum diketahui. Itu tidak dapat dihalang.

Begitulah, ia bukan soal limitasi itu ada atau tidak, kerna kalau ada sekalipun kita tidak akan tahu dimana. Hanya mereka malas berfikir akan mengatakan, "Limitasi itu disini."

Wallahualam

Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"