kelemahan dan
ketidakupayaan diri dalam menyelesaikan masalah-masalah yang menghimpit hidup
tidak seharusnya menjadi sebab untuk meranapkan tangga-tangga harapan bagi
mengecap masa depan yang lebih cerah. Lemah tidak menandakan kita perlu putus
asa walaupun berasa diri sudah kehilangan makna bagi meneruskan hidup anugerah
Allah ini. Sekiranya persepsi begitu diprogramkan dalam benak, senang sekali
cara penyelesaiannya. Tiadalah wujud istilah ‘berjuang’ dan ‘jihad’ dalam kamus
kehidupan seseorang muslim.
|
Seandainya seseorang itu mempunyai kematangan dalam
bereaksi dengan kesulitan hidup ini, ‘lemah’ akan diberikan kesimpulan agar
‘perlu usaha lebih gigih’ dan bukan pula akan ditafsir sebagai ‘gagal’, bahkan
seharusnya ditafsir sebagai ‘belum berjaya’. Jika kita perhatikan betul-betul,
bukankah istilah ‘gagal’ dan ‘belum berjaya’ terdapat perbezaan maksud yang ketara?
Kata hukama’, “Kegagalan sebenar bukan ketika
kau jatuh dan tewas dalam suatu usaha , tetapi ketika kau sudah berputus asa
untuk bangkit kembali.” Seringkali emosi kesedihan melupakan kita terhadap firman
Allah ini, “Allah tidak membebani
seseorang melainkan dengan kesanggupannya.”
Meletakkan daya keterbasan dalam usaha dan kegigihan
merupakan satu tindakan yang menyebabkan kita melihat ketidakupayaan diri itu
sebagai suatu kelemahan hakiki walhal tidak. Meskipun kita tidak menafikan
antara bentuk kelemahan manusia adalah
mempunyai had dan batas daya upaya, tetapi adakah kita tahu dimana had dan
batas itu? Ternyata tidak. Kegagalan dan kelemahan dalam perkara-perkara yang
seolah-olah sulit untuk diselesaikan tidak menandakan kita sudah sampai kepada
had kita, sebaliknya memberitahu kita dimana kesilapan yang perlu diperbaiki
dan diberi tambah baik untuk melepasi had sebelumnya. Daripada situ kita akan
melihat “Kesempurnaan manusia
berselindung disebalik ketidaksempurnaannya.” Kerana kesedaran terhadap
sifat tidak sempurna inilah mendorong kita untuk sentiasa menuju sempurna.
Cuba kita mengkaji latar kehidupan orang-orang yang
berjaya, mereka lebih banyak menghadapi kegagalan berbanding orang-orang yang
gagal! Ini bukan sesuatu yang ironi, ini sesuatu yang masuk akal dan rasional.
Hal ini kerana mereka telah mengumpulkan tenaga dan kekuatan melalui pengalaman
yang banyak dan mengkaji serta belajar cara untuk mengatasi titik-titik
kelemahan tersebut dengan teliti bagi terus mencari jalan untuk sampai ke
puncak. Hal ini tidak lain dan tidak bukan memerlukan azam dan semangat tanpa
padam agar langkah-langkah menuju puncak itu sentiasa konsisten.
Fikirkan pengajaran ini baik-baik. Kegagalan adalah berpunca daripada
kelemahan diri dalam mengendalikan sesuatu perkara, walaupunbegitu kegagalan
juga merupakan platform untuk kita mengatasi kelemahan diri tersebut. Kita
tidak akan jumpa seseorang yang mencapai hidup senang tanpa pernah melalui
sebarang kesulitan dan kegagalan. Bahkan kegagalanlah yang mengajar mereka erti
berdikari dan matang.
Jika kita menyelak kembali satu per satu lembaran
sejarah sekalipun, manusia-manusia genius yang pernah dan masih wujud di atas
muka bumi ini tidak semua yang mengecap hidup
senang dengan cara yang senang. Sebaliknya ada hidup mereka lebih sulit untuk mencapai
kesenangan. Sufiyyah yang dahulu terkenal kerna geniusnya dia, bila dihantar
belajar ke luar negara menjadi pelacur. Seorang pemuda yang sangat genius dalam
matematik waktu kecilnya, apabila dijejaki kembali kini hanya bekerja sebagai
penebar roti canai. Genius tidak memberi kelebihan pun seandainya diri tidak
bijak untuk bersikap reflektif secara kreatif dan kritis terhadap masalah dunia
yang semakin mencabar. Tiada apa yang mampu menjadikan kita istimewa melainkan
usaha dan kegigihan. Allah itu adil. Semua manusia adalah sama.
“Allah tidak akan mengubah
sesuatu kaum selagi kaum itu tidak berbuat usaha untuk mengubah diri mereka
sendiri” Ar-Ra’ad
13 : 11
“Bulat tidak
datang bergolek, pipih tidak datang melayang”, pepatah ini jelas mengatakan
bahawa beginilah lumrah dunia yang harus ditempuh. Segalanya bergantung pada
pilihan diri dan usaha kita sendiri. Tiada rezeki dan kejayaan yang datang
secara tiba-tiba. Usaha pula perlu kepada keazaman dan tekad yang kuat. Paling
penting keyakinan dan kepercayaan kita kepada rahmat Allah yang sentiasa
menaungi! Allahlah yang beri senang dan susah. Justeru usaha yang gigih harus
tidak mengetepikan doa dan tawakal kepada Allah. Kejayaan juga bukan akan
kekal, pasti ia akan silih berganti dengan kegagalan. Dan akhir sekali, kita
pilih hendak ke Syurga atau Neraka berdasarkan apa yang telah kita usahakan.
Kita yang melukis takdir akhir kita.
Tidaklah Allah menghidangkan semua ini untuk main-main
namun Dia ingin menguji siapakah di antara hamba-hambaNya ini yang betul-betul
ikhlas mengabdikan diri kepadaNya. Sekiranya Allah ingin menjadikan seluruh
manusia ini hidup selesa tanpa kesusahan, memperoleh iman tanpa kepayahan dan
mujahadah, hal itu tidaklah susah bagi Allah. Cuma nanti tiadalah beza manusia
dan malaikat. Sedangkan usaha, kegigihan dan mujahadah inilah yang membuatkan
kita lebih mulia daripada malaikat kerana kita mencari iman melalui ilmu dan
ketekunan diri dengan niat yang benar. Ya. Hanya niat yang benar(kerana Allah) sahaja akan membuatkan manusia tidak putus asa
bagi mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Kerna pekerjaan dilakukan semata-mata
mencari keredhaan Allah, bukan demi kepuasan diri yang sebenarnya cintakan
dunia.
Wallahu
Ta’ala Alam~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan