Pengikut

Halaman

Sabtu, 18 Ogos 2012

Diari : Aku, Ramadhan dan luahan

Kelmarin saya berbuka dengan air Sprite dan kerepek Pringles. Maklumlah buka dalam kereta sahaja sebab tidak sempat sampai rumah. Pulang lewat daripada Darul Quran akibat kemaruk memancing di tasik. Semalam pula dengan Maggy dan air Twister. Yang ini sebab sibuk dengan persiapan raya hingga lupa tentang juadah berbuka. Apa nak jadi?

                Ramadhan masih berbaki sehari. Yakni hari ini. Tak tahu berbuka apa pula untuk hari terakhir ini. Esok raya sudah menjelang tiba. Pasti keriangan menggamit rasa. Awal pagi dengan solat raya kemudian sama-sama berkumpul semua sanak saudara untuk bermaaf-maafan di hari mulia. Jalinan yang renggang dirapatkan kembali. Mereka yang lama tidak berjumpa, pada bulan inilah peluang yang tidak dilepaskan untuk datang menziarah.

                Anda rasa seronok? Saya biasa-biasa sahaja. Yelah duit raya dah tidak dapat, tak seronoklah! Orang sudah bujanglah katakan bukan budak-budak lagi. Haha.. Gurau. Sememangnya kita patut gembira. Hari ini hari kemenangan dan kemuliaan, takkan kita perlu bersedih.  Tidak wajar langsung untuk kita bersedih. Buang tebiatlah kalau sedih-sedih. Cuma kalau ada yang kata kita patut bersedih kerana Ramadhan sudah pergi, itu saya setuju. Nak tahu kenapa? Meh saya beritahu.

                Kedatangan Syawal dan pemergian Ramadhan adalah dua peristiwa berbeza. Hendaklah dirai secara berbeza. Syawal perlu disambut, Ramadhan juga perlu dirai pemergiannya. Sungguh tidak adil sekali untuk Syawal yang kian menjelang, kita berhempas-pulas untuk kelihatan yang terbaik sepanjang tahun tetapi untuk Ramadhan yang mula membawa diri , apa yang kita sudah kita buat? Dimanakah linangan air mata? Ke mana pergi rasa rindu buat kekasih yang kian pergi ini? Apakah jiwa diruntun hiba?

                Biar saya tolong jawabkan. Kita tidak buat apa-apa untuk pemergian Ramadhan. Itu realiti. Saya berkata atas dasar kejujuran. Kejujuran atas diri saya juga diri anda. Lihatlah, ketika Syawal, semuanya mesti baru dan berlainan daripada tahun-tahun sebelum. Baju raya baru, kasut baru, cat rumah baru, tv baru sofa dan kerusi baru dan pelbagai lagi. Ramadhan pula sentiasa terpinggir kerana setiap tahun adalah Ramadhan yang sama. Tiada episod baru buat Ramadhan. Beliau masih kelihatan old version. Beginikah kita melayan Ramadhan?

                Malang sekali, ya. Beginilah kita melayan Ramadhan. Hurm.. Sebenarnya saya hendak luahkan something. Ketahuilah bahawa saya tidak mampu untuk menukilkan kata nasihat atau teguran kerana hal itu berlaku pada saya juga. Selama saya hidup, setiap Ramadhan yang tiba telah saya abaikan dan jalani sambil lewa sahaja. Tiada berasa motivasi untuk mengejar sesuatu. Fikiran sering hendak melayan diri yang keliru. Saya tidak pernah cuba buat yang terbaik. Termasuk tahun ini.

Mungkin kali terakhir perkara yang saya dapat lakukan, walaupun rasa cinta itu tidak sampai lagi dalam hati ini buat Ramadhan. Meskipun rasa hiba itu tidak dapat menusuk kalbu untuk mengalirkan air mata. Namun saya dapat bersedih secara diam dengan menyedari kehinaan dan kelemahan diri ini. Inilah perkara yang termampu  dilakukan daripada hamba yang kerdil ini. Tidak tahu sampai bila harus begini.  Kalau anda juga bersama berada dalam ‘golongan’ saya, saya ucapkan takziah.

Apakah ini Resolusi Ramadhan kita? Entahlah. Terukkan saya?  Malu pula rasa untuk mengecap gembira di hadapan Allah nanti. Haih! Assalammualaikum.



Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"