Pengikut

Halaman

Ahad, 6 Mei 2012

Mulanya sesi ‘persekolahan’ baru


Isnin bersamaan 7 Mei, hidup aku sudah tidak senang tetapi Insya-Allah tenang kerana akan mula mendaftarkan diri untuk sesi ‘persekolahan’ baru. Di bumi tarbiyah, medan bermahabbah baru. Tidak seperti di rumah, hidup terlalu senang. Bosan sampai naik berang. “Arghhh!! Nak buat apa ini?” hehe..

Dengan masa-masa tersisa ini, otak ini pun sudah mula liga berfikir dan terkenang. 4 Bulan berlalu, apakah telah aku penuhi dengan amal ibadat, bacaan Al-Quran, solat-solat sunat dan zikir-zikir mengingati Allah? Yakni Tuhan yang memberi nikmat percuma ini kepada aku. Sudahkah aku?

Khidmat aku kepada kedua-dua ibu bapa tercinta pula. Apakah cukup dan memuaskan khidmat aku ataupun hadirnya aku kembali ke rumah selepas 5 tahun bersekolah hanya menambah beban sahaja kepada mereka? Banyak perkara aku fikir.

Rasanya banyak masa yang terbuang, terbiar tanpa input yang bermanfaat. Bilangan hari yang aku tinggalkan, kosong tidak terisi. Hidup bagaikan mayat hidup. Makan, minum, facebook dan tidur sahaja. Setiap hari melalui episode hidup yang sama. Seakan diri ini sakit dipukul dengan firman Tuhan.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian” Surah Al-Asr

Sakit! Sakit sangat. Jiwa ini meraung kesakitan tanpa suara. Hanya iman dan kesedaran yang mampu mendengarnya. Tapi apakan daya, iman aku pun tiada kekuatan menyahut panggilan jiwa untuk menolong dan membantu. Kerana iman ini juga terpenjara dengan nafsu durjana. Tiada apa mampu dilakukan.

Sedih dan hiba. :’(

Mengharapkan sesi ‘persekolahan’ baru ini dapat mengubah keadaan diri aku. Tetapi bukan senang.

Asas perubahan diri adalah dengan ketaatan. Hanya dengan ketaatan dan pergantungan hasil amal kepada Allah, akan melahirkan cinta Allah kepada kita dan Allah akan ‘seronok’ hendak menolong kita.

“Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mengubah diri mereka sendiri.”  Surah Ar-Rad

Akan merindui mereka

Sesi ‘persekolahan’ baru ini juga menandakan aku akan meninggalkan keluarga tercinta. Tidaklah meninggalkan cuma akan jarang berjumpa. Rindu itu pasti ada betul tak?

Ummi, Abah, kakak(adik actually) dan dedek yang comel dan manja! Kadang buat orang menyampah sahaja dedek aku ini tetapi aku sayang sangat dia sangat-sangat. Kalau bangun pagi kerap kali juga aku cium dia dulu sebelum bangunkan dia ke sekolah. Nakal dia ini, malas pergi sekolah lepas tuh suka merengek dan merajuk. Sudah darjah 4 but still manja! haha..

Merindui juga senda tawa dalam keluarga ini. Perangai dengan sifat aku bila kat rumah berbanding kat sekolah berbeza. Kat rumah aku suka bergurau dan buat lawak. Senang cerita aku ini crazy bila kat rumah. Tapi tak selalu. Mungkin aku akan jadi 'gila-gila' bersama orang yang rapat dengan aku sahaja kot. Mungkinlah.

Azam baru, niat dan bersungguh!

Maka akan bermulalah azam aku yang baru. Belajar demi menjadi modal insan Islami yang hebat.

Setiap perubahan dan penghijrahan bermula dengan azam dan niat. Azam dan niat yang benar dan kuat mampu mencetuskan perubahan yang besar. Cuma berubah itu senang, yang susah itu istiqamah. Aduh...

Kerana hati ini mudah berbolak-balik. Sebab itu umat Islam dianjurkan untuk berdoa kepada Allah

"Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati aku dalam ketaatan dan agama"

Ameen. Sesungguh kekuatan dan kudrat itu hanya datang daripada Allah. Tolong aku Ya Allah.

Dan...

Perjalanan hidup ini masih panjang tetapi masa hidup ini singkat. Kontra bukan? Namun itulah hakikat. Pernah dengar tak?

"Bekerjalah seolah-olah kamu hidup selama-lamanya, ibadahlah seolah-olah kamu akan mati esok hari!"

Yang aku faham, kalau kita hidup selama-lama pasti kita memerlukan keperluan hidup yang banyak dan mencukupi. Kalau kita kerja ala kadar dan sambil lewa, maka mungkin hari-hari kita yang akan datang penuh dengan derita. Tidak cukup untuk menampung perbelanjaan hidup. Maka kerja perlulah bersungguh-sungguh.

Aku pula kenalah belajar mencari ilmu bersungguh-sungguh demi menyumbang kepada pembangunan ummah masa hadapan. Insyaallah!

Begitu juga ibadah. Perlu bersungguh-sungguh. Kerana kita tidak tahu bila ajal akan menjemput. Kala malaikat Izrael datang kita sudah tidak mampu menangguh walaupun sesaat. Kerana itu ibadah perlu dilakukan dengan tekun dan ikhlas sebagai aset menghadapi hari kebangkitan. Kebangkitan selepas mati.

Kesimpulan yang aku boleh buat, bekerjalah untuk bekalan Dunia. beribadah untuk bekalan Akhirat. Tapi jangan kita pisahkan, satukanlah kerja dan ibadah!

Kerja dengan niat ibadah kepada Allah. Ibadah khusus pula untuk niat membina dan membentuk hati agar setiap kerja yang dilakukan ikhlas kerana Allah!

"Sesungguhnya Allah suka hamba-Nya apabila mereka melakukan sesuatu, mereka melakukan dengan bersungguh-sungguh" Hadith Nabi

Bila kita kerja dan belajar Allah sukakannya. Ibadah pun Allah suka. :)
Harap aku belajar kembali selepas ini Allah suka. Huhu..

Wallahualam

Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"