Pengikut

Halaman

Selasa, 10 April 2012

Hati Mutiara

Kehidupan, Indahnya hanya pada zahir. Penuh tipu daya. Penuh muslihat yang menggoda. Indahnya tampak bahagia. Hakikatnya nafsu menghiasi batin kita. Bahagia yang dimiliki, rata-rata bahagia dusta. Tika kebinasaan(balasan akhirat) tiba, barukan sedar diri manusia "Bodohnya aku!"

 
وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ [٣٢:١٢] 
"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".
As-Sajadah 32 : 12 

Manusia masih jauh dalam mencapai kebenaran akal dan hati.

Benar, masih jauh. 
Ombak jiwa, sering ingin menggapai langit sebelum kaki sempat terbang. Menuai kejayaan tanpa pernah menyemai benihnya. Langit yang dicapai dan kejayaan yang dituai hanyalah sebuah ilusi. Ilusi daripada salah membina persepsi. Terbina dengan sifat rakus keduniaan dan terburu-buru. Kejayaan dan keindahan kita adalah rekaan berimaginasi. Terpengaruh dengan kemegahan dan halus keangkuhan. Itulah kejayaan palsu!

Umpama...

Mutiara!
Hanya manusia yang mempunyai hati " nutiara " sahaja mampu mengenal membezakan kebenaran dan kebatilan. Hati "mutiara" itu bersinar dan bernilai tinggi. Uniknya hati "mutiara" itu asalnya hanyalah hati "pasir". Dilindungi dan dididik oleh Cengkerang Iman oleh beberapa masa. Unik, sungguh unik!

Hanya dengan sebuah perlindungan, hati "pasir" yang lemah dan hina itu berubah menjadi hati "mutiara". Hanya kerana sebuah perlindungan! Perlindungan daripada unsur nafsu. Perlindungan daripada unsur maksiat dan dosa. Perlindungan daripada unsur-unsur yang boleh merosakkannya. 

Benteng iman itu sangat ampuh untuk sekeping hati yang rapuh

Namun ramai manusia kini rimas dilindungi. 
Hati "pasir" manusia lebih rela dipukul derasnya nafsu, diapung oleh apungan maksiat akibat gelombang lautan kehidupan yang penuh ujian. Mereka rasa mereka seronok. Mereka gembira. Hal sebetulnya mereka sedang menjadi hamba oleh sebuah kebatilan. Dipermainkan.
 Kerna mereka buta! 

Mereka mengenal seronok dengan kejahilan tentang nilai diri mereka. Mereka tidak sedar betapa seronoknya menjadi sebutir  mutiara. Yang akan sentiasa dihargai dan dipandang oleh mereka yang kenal erti nilai. Lebih-lebih lagi dipandang oleh Allah!

Kita kembali ke dunia realiti!

Andai manusia itu tahu betapa tinggi nilai menjadi Hamba Sang Pencinta, nescaya dia mampu menjadi Insan Yang Bertakwa. 

"Sesungguh orang yang paling mulia dalam kalangan kamu, adalah yang paling Bertaqwa di sisi Allah"

Yakni...
Tiada leka tiada lalai tanpa taubat dan keampunan. Tiada hiburan tiada kegembiraan tanpa ikut batas-batas yang dibenarkan. Tiada makan dan minum andai timbul keraguan akan haram dan halal. Tiada pandangan tiada kata-kata tanpa mengenal erti fitnah dan kemaksiatan. 

Kerna Iman mereka meyakini akan firman-firman Tuhannya. Allah Yang Maha Esa! 
Syurga dan Neraka bukan satu dongengan.

Semuanya dilakukan dengan dasar menggapai keredhaan! Agar dilindungi dan dirahmati. Bukan dengan dasar nafsu yang ternoda dengan mimpi. Akhirnya Neraka sebagai ganti.
Mampukah kita menjadi Hamba?
Hanya sebenar-benar Hamba memiliki hati "mutiara"

Peringatan untuk diri sendiri, sahabat-sahabat dan semua insan yang saya kasihi

.::Wallahualam::.

Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"