Pengikut

Halaman

Khamis, 26 April 2012

Cinta anak buat Ibu dan Bapa


Marah tanda sayang
“Ustaz nak men games kat hp ustaz!”

“Ustaz, ustaz nak tangkap gambar!”

“Ustaz-ustaz duduk sini…”

Kerenah kanak-kanak. Cukup ceria dan cukup menghiburkan. Adakala merimaskan. Haha.. Nama pun kanak-kanak.

Kat atas ini antara kerenah mereka. Ustaz yang mereka panggil tuh adalah saya. Ustaz ajar mengaji, bukan apa-apa pun. Tiada apa hendak dibanggakan.

Seusai solat Maghrib menjadi satu rutin untuk mengajar ‘qari-qari’ cilik ini mengaji. Qari-qari cilik Kampung Raja Musa. Haha… Isnin sampai Rabu sahaja.

Ada yang masih bertatih. Ada yang lancar. Ada juga yang main-main. Saya bukan orang yang garang tapi pernah la seorang budak ini menangis masa saya ajar. Orang kata ‘dalam kelembutan ada ketegasan’.

Marah tanda sayang. Tertarik dengan kata-kata seorang ustaz, “Kasih sayang yang tiada ketegasan dalam didikan adalah kasih sayang yang dusta!” Mendalam kot. Bila diperhatikan, memang betul.

............................

 
Tanggungjawab ibu bapa
Ramai anak-anak yang terlalu dimanjakan sejak dari kecil. Bila dah besar tak jadi manusia. Mungkin berjaya, kerja besar. Tapi landasan hidup jauh tersasar. Clubbing contohnya.

Cakap pasal anak-anak ingat pula kat sabda Rasulullah SAW “Bukanlah anak yatim, mereka yang tiada ibu bapa. Tetapi anak yatim adalah anak-anak yang tidak diambil perhatian oleh ibu bapa”

Tidak ambil perhatian dari segi apa? “Agama!”
Anak hidup senang kat dunia. Kat Akhirat? Siapa tahu.

Cuba kita lihat keluarga kita, ibu bapa kita dan adik beradik kita. Lihat baik-baik. Ada tak yang tinggal solat? Ada tak yang lewat-lewatkan solat? Ada tak yang berpura-pura solat? Kalau ada…

Mak tidak ada makna kebahagiaan yang kita kecapi dalam keluarga kita. Dalam keluarga asalnya itu tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik. Tetapi andai mereka pun lalai sama. Itu sudah menjadi tanggungjawab antum sebagai orang Islam untuk berdakwah.

Saya tidak pasti, ramaikah ibu bapa yang betul-betul ambil serius akan soal agama anak-anak. Kadang-kadang tengok ada yang ambil berat ala kadar dan sambil lewa. Solat khususnya.

“Along solat!”

“Hurm…”

“Along dah solat?”

“Dah!” Padahal anak mereka tipu.

“OK”

Lagi ‘perfect’ bila anak mereka pura-pura solat.
Saya tertanya-tanya, “Kasihan ibu bapa ini, apalah yang hendak mereka jawab kat Akhirat nanti”

Hadiah untuk ibu bapa
Semasa tahun SPM saya, 2011. Saya dan batch saya pernah mengikuti satu program motivasi yang diaturkan oleh Unit Kaunseling Sekolah. Yang mengendalikan program tuh saya tak ingat nama syarikat dia tapi kami panggil motivator dia Abang Long.

Satu soalan Abang Long tanya, “Apa hadiah yang hendak kamu beri kepada ibu bapa kamu?”

Saya rasa semua menjawab, “Menjadi anak yang soleh!”

Namun disebabkan itu adalah program motivasi untuk SPM, maka jawapan itu tidaklah salah cuma mungkin dilebihkan kepada hadiah kejayaan di dunia.

Walaupun begitu pada hemat saya, “bagaimana mungkin hadiah di Dunia dapat mengatasi hadiah di Akhirat?”

Antum, pesan saya hadiah antum untuk ibu bapa antum hanyalah menjadi anak yang soleh dan solehah. Mungkin kedengaran, “Alah biasa dengar, bosan…” Tapi tidak biasa buat. Manusia sanggup membanting tulang untuk rezeki, tapi berat tulang untuk iman dan hidayah.

Harga segulung ijazah, timbunan harta mewah mahupun ribuan wang ringgit tidaklah dapat menandingi harga sebelah sayap Nyamuk sekalipun.(Berdasarkan Hadith). Kerna itu bukan kejayaan. But direction to destination! Destinasi Akhirat.

“Tapi kan kita di suruh seimbangkan Dunia dan Akhirat” Betul. Saya tak bantah. Cuma bagi saya kata-kata itu kebanyakannya dituturkan orang yang ‘cakap tak serupa bikin’. Persoalannya “Mereka menjadikan hujah itu memang nak seimbang Dunia dan Akhirat atau hendak mendapatkan Dunia?”
Soalan lain pula,

“Salah ke kalau kita hendak berjaya kat dunia?” Tak salah bahkan dituntut oleh agama. Kejayaan di Dunia pun baik bagi membuat hati ibu bapa gembira. Buat ibu bapa gembira itu pun ibadah.

Tapi itu bukanlah hadiah yang sebaik-baiknya! Abang Long pernah bercerita kepada kami bahawa dia berasa terkilan dan kecewa kerana tidak sempat memperlihatkan kejayaan yang dia kecapi ketika itu kepada bapanya.(ke ibunya? Saya tak ingat.)



Tahukah antum, selepas kematian ibu bapa kita mereka tidak akan sempat untuk bergembira pun kalau melihat kita berjaya di dunia walaupun mereka dapat melihat dari Akhirat.

Tetapi mereka sangat-sangat mengharapkan doa dan segala didikan dan pesanan mereka diingati agar mereka mendapat saham di Akhirat sana nanti.

Kerana mungkin dahulu didikan mereka tidak sempurna, mungkin dahulu mereka sibuk dengan kerja, mungkin mereka dahulu lalai tanggungjawab mereka terhadap antum. Namun antum satu-satunya harapan dan penyelamat mereka. Lihat!

Itulah kebahagiaan yang abadi buat ibu bapa kita. Antumlah penyelamat mereka. Bak kata Cikgu Raja, “Hantar ibu ke Syurga”. Jadilah Anak soleh dan solehah, itulah hadiah terbaik buat mereka! Jadilah seperti Uwais Al-Qarni.

Berkhidmat untuk ibu bapa, berkhidmat untuk Agama, berkhidmat untuk yang Maha Esa!

.::wallahualam::.

Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"