Pengikut

Halaman

Jumaat, 10 Februari 2012

“Kamu akan masuk Syurga bersama orang kamu Sayang”

“Sekali peristiwa telah datang kepada Nabi SAW, seorang lelaki seraya berkata : Wahai Rasulullah SAW! Ada orang yang mencintai sesuatu kaum, tetapi dia tidak dapat bersama dengannya kelak (di hari kiamat). Maka Bersabda Nabi SAW. Orang itu akan bersama-sama dengan orang yang dicintai.”

Sahih Bukhari dan Muslim

Ini salah satu hadis baginda. Ada banyak lagi peristiwa yang menyebabkan Nabi SAW bersabda seperti itu. Pernah saya terbaca, sahabat bersedih kerana berasa tidak dapat bersama nabi SAW di Syurga. Darjat mereka berbeza. Nabi SAW bersabda begitu juga.

Actually, not that simple!

Hasan Al-Basri memberi komentar akan hadis ini, nak dengar?

“Wahai anak Adam! Jangan pula sampai engkau terpedaya dengan bicara orang yang mengetakan ‘engkau bersama-sama dengan orang yang engkau mencintainya’, sebab siapa mencintai suatu kaum, mestilah dia mengikut jejak langkah kaum itu. Ketahuilah, bahwa engkau tidak dapat masuk ke dalam golongan orang-orang yang baik sehingga engkau mengikuti jejak langkah mereka, mencontohi petunjuk mereka, menuruti jalan mereka, engkau berpagi dan berpetang berdiri di atas selok-belok kehidupan mereka, supayang engkau menjadi salah seorang daripada mereka.”

Bagi sesiapa yang mendakwa mencintai Allah dan Rasul-Nya(saya jugak)

Dengarkan syair arab ini


Engkau bermaksiat kepada Tuhan sedang engkau berpura-pura mencintaiNya,

Perbuatan begini sungguh indah dalam kiasannya,

Kiranya cintamu itu benar niscaya engkau akan mentaatiNya,

Sesungguhnya pencinta itu selalu tunduk kepada orang yang dicintainya.

Ada berani untuk mencintai Allah dan Rasul?

Suatu pagi(selepas Subuh) di pondok Baitul Qura’, penuntut di situ mengadakan majlis khatam Quran.

Pelajar Daurah ikut sekali. Ada yang terus terlentok ngantuk,ada yang mengangguk-angguk, ada yang segar khusyuk membaca Quran.

Ragam manusia!

Tapi

Saya sayu melihat seorang abang ini. Nama dia Sobri. Sedang membaca tiba-tiba dia terdiam dan tertunduk.Agak lama…kemudian, tampak permata jernih mengalir di pipi dia. Sayunya. Saya pun turut hendak menangis. Tak tahu kenapa. Hati kami seakan ada connection.

Perasaan bersalah pada Allah mula menyusup di sanubari.

“Siapalah aku melainkan hamba yang banyak memungkiri janji pada Tuhan. Bahkan diri ini penuh dilumuri dosa setiap saat dan ketika. Tapi…tapi… kenapa kebanyakan masa aku masih boleh berseronok dan tak rasa apa? Bahkan seronok dengan membuat dosa. Kenapa aku rasa kurang tanggungjawab aku pada Allah? Pengabdian bukan semasa solat, puasa, baca Quran sahaja. Setiap masa adalah untuk aku abdikan diri pada Allah…”

Habis sahaja majlis, saya terus sms sahabat saya

“Uhibbuka lillahitaala. Insyaallah”

(sms tuh panjang, tapi saya pendekkan kat sini)

Tak tahu!

Tiba-tiba saya rasa sayang sangat kat sahabat-sahabat saya.

Mungkin sebab sebab selepas saya dikurniakan cahaya itu

Saya sayang sahabat-sahabat saya dan berharap sangat mereka pun dikurniakan cahaya yang sama.

Then dia balas sms saya

“Ana takut nak cakap sayang kat enta sebab cinta ana pada Allah tak sempurna!”

(Ada lagi isi sms tuh tapi amik yg penting jer)

Apa yang dia cakap itu betul! Tak salah . Saya memikirkan perkara yang sama. Cuma saya lagi takut dengan kelemahan diri ini. Rasanya tak mampu untuk berusaha mencintai Allah seorang diri. Tak mampu. Saya lemah!!

“Kasih sayang kita menuju Allah memekarkan cinta kita pada-Nya, dan kasih sayang kita ini juga tanda Allah mencintai hamba-Nya yang mencari-Nya, seperti sahabat mencinta nabi SAW lalu mencintai Allah, kita saling berkasih sayang untuk mencintai Allah dan Rasul!!”

Cinta itu milik Allah semata-mata. Sebaran Cinta dalam kalangan manusia adalah sebaran Cinta Allah untuk mencintai-Nya. Untuk saling tolong-menolong dan lengkap melengkapi dalam usaha mencintai-Nya. Bukan kerna mencari kebahagiaan tetapi mencari keredhaan dalam pengabdian.

Jangan cemarkan cinta ini. Cintailah orang yang mencintai Allah!

Insyaallah Syurga buatmu sahabat-sahabatku<3

p/s : bagi yang kehilangan ibu ayah, doa seorang anak yang soleh adalah modal terpenting untuk kau bertemunya di Syurga!

2 ulasan:

ciksukaberangan berkata...

assalamualaikum. perkongsian yang mantap!

Tanpa Nama berkata...

Moga kita sama2 bley mencintai Allah sesungguhnya

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"