Pengikut

Halaman

Jumaat, 20 Januari 2012

Tudung, di mana nilainya?

Apakah pengertian bertudung bagi wanita-wanita kini? Cukupkah sekadar syarat menunaikan tuntutan menutup rambut dan kepala sehingga nilai-nilainya yang tinggi sudah tidak diambil peduli. Mahupun segelintir yang menjadikan tudung sebagai fesyen sehingga tatacara dan peranan tudung yang sebenar diketepi.

~..::Apakah itu tudung sebenarnya?::..~

Di mana maruah seorang wanita bertudung? Mungkinkah dengan bertudung tapi berpakaian ketat? Bertudung tapi dada terbuka tidak ditutup? Bagaimana bertudung tapi bermekap tebal-tebal? Ataupun bertudung mengikut trend dan fesyen? Inilah gaya tudung zaman sekarang, baru Islam tampak berimej modenkan. Yeke? Let you think first….

------------------

Tudung adalah suatu syiar Islam. Tudung dapat memberi gambaran bahawa Islam melindungi permata-permata hiasan dunia ini. Tapi puteriku, kamu tidak mengerti. Tudung adalah pelindung mahkota rambutmu tapi kamu menjadikan sebagai hiasan wajahmu. Pemikat si lelaki. Bukan begitu.

Tudung bukan adat orang Melayu, tapi ibadah kepada Khalik yang satu! Tidak sewenang-wenangnya tudung direncah dengan resepi akal bertunjangkan nafsu itu. Kerana tudung ada peranan yang jarang kamu tahu puteriku. Tudung adalah cahaya peribadi hati kamu. Indah mewangi, mekar di taman bunga-bunga akhlak insan. Tapi berhati-hati kerana ia berduri.

Dengan bertudung, kehormatanmu terserlah sebagai suatu yang tidak ternilai oleh apa pun. Tudung mampu berkata bahawa “Aku tidak mudah disentuh, aku tidak senang dipikat, aku resah di pandang dan dilihat!” Tudung adalah suatu rahmat dan anugerah kepadamu puteriku. Dengan bertudung sepatutnya tiada kumbang yang berani mendekatimu.

Tidakkah kau berasa dekat dengan Rabbmu kala bertudung? Tidakkah kau berasa Dia menyayangimu kerna itu Dia memerintahkan kamu bertudung duhai puteriku sayang? Ya. Dia sangat dekat. Andai sahaja kau fahami kasih sayang Kekasih itu, adakah sanggup kau memperkotak-katikkan anugerahnya dengan ikutan nafsu? Tidak.

Sampai bila kan dikau harus begini. Hindarlah murka Dia, jauhilah azab neraka yang tiada hingga. Ubahlah puteriku. Aku mencintaimu.

4 ulasan:

QueAe berkata...

apa pndapat saudara, alasan tudung berfesyen untk tarik minat golongan free hair bertudung?

arifputera berkata...

Bergantung...

bertudung lahir dari kesedaran dan tanggungjawab, seperti saya cakap bertudung adalah ibadah,

si freehair itu mungkin akan bertudung tapi adakah kerana Islam itu sendiri atau kerana fesyen?,

kalau sebagai langkah pertama untuk berdakwah, itu terpulang, itu satu usaha yang baik tetapi perlu pastikan si freehair itu dapat nilai Islam sebenar.

wallahualam

QueAe berkata...

agak2nye si trend setter atau pmbekal tudung2 bukan syariat ad share x dlm memesongkan tujuan sbenar brtudung? -.-

arifputera berkata...

Mungkin secara logik tapi.. Allah lebih tahu!

Kita taknak orang minat Islam kerana fesyen and what ever...
Kita nak orang minat Islam sebab nilainya yang sebenar, indah dan sempurna, ok!

wallahualam

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"