Pengikut

Halaman

Selasa, 24 Januari 2012

“Assalamualaikum” Yang bukan mahram bersalaman

Ironi betul. Saya pun susah nak faham benda yang berlaku kat depan mata ini. Banyak kali dah nampak. Sedar tak sedar jer. Awak pun sama, saya pasti! Bila seorang lelaki memberi salam kepada wanita bukan mahram, dan tiba-tiba dia menghulur tangan, “Nama saya Romeo, from Singapore” Tak blur ke? Dalam hati “Jahil sungguh!”

Salam tuh dah Islamik, but jabat tangan tu ape ke bendanyer mamat woi! Haram tahu tak. Dunia akhir zaman, Hak bercampur aduk dengan Batil. Memproducekan manusia-manusia bajet alim dan baik tahi ayam. Kucar-kacir agama jadinya. Minta maaf bukan nak hina but faham-faham sendirilah. (Marah ini)

----------------

Ini bukan pasal salam jer, banyak lagi. Semua sebab jahil dan terlalu ikutkan nafsu. Kadang-kadang kesian, ada saya nampak perempuan ini seksi kot. Baju ­T-shirt ketat, seluar pendek atas lutut. Duduk kat depan saya masa kat dalam bas Klang-K.Selangor. Istighfar banyak la. Tiba-tiba bas terhentak, maybe jalan lubang, then dia sebut, “Allah… Astaghfirullahhalazim…”. Tak sangka saya.

Yes. Yang seksi-seksi ini bukan tak baik, mereka tahu agama, tahu Allah Cuma jahil. Sangat-sangat kasihan. Sama gak artis-artis kita kat Malaysia, pandai sebut, “Ya Allah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Insyaallah..” sayangnya tak kena tempat. Contohnya..??

Alhamdulillah, setakat ini kami masih bersama…”

Insyaallah, bulan depan kami akan bernikah”

Alhamdulillah, rezeki saya melimpah ruah dalam bidang ini”

Faham tak? Apa diorang ingat Allah merestui hubungan yang pastinya tidak diredhai tu. Sebut Alhamdulillah, macamlah Allah itu suka diorang ini berpeluk, berpacaran dan bergedik-gedikan. Sebut Alhamdulillah, macamlah masa berjoget kat atas pentas, bersentuhan yang ajnabi dalam lakonan Allah suka. Menyampah den!

Tapi lebih malang bagi kita sebenarnya. Although kita tahu semua ini, di mana halal dan haramnya, mata dan hati kita masih tidak lepas untuk melihat mereka menyanyi, berlakon dan buat dosa-dosa yang lain. Hakikatnya kita juga berdosa. Sungguh Ironi. Cuma kita tak jahil but buat-buat jahil.

Kita lebih hina, kerana berilmu dan tahu tapi masih tetap melakukan dosa itu dengan merestui dosa mereka. Sama juga diri ini!

Wallahualam!

Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"