Pengikut

Halaman

Jumaat, 23 Disember 2011

Waktu sihat dan lapang

Priceless. Useless. Meaningless. Nothing it can affect for my life. I mean for my real life. More specific Afterlife. Kehidupan selepas mati.

Apa yang tak bernilai dengan tak berguna itu?

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia keinginan kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (Syurga)” Surah Ali Imran : 14

Segala bentuk keduniaan semua itu tak berharga. Allah hanya menghiasi pandangan kita kepada perkara-perkara tersebut walhal ia tiadalah nikmat yang menyenangkan kecuali kepada nafsu syahwat! Kan ada satu hadis Qudsi bahawa dunia tidak bernilai di sisi Allah walaupun sebesar sehelai sayap nyamuk.

Tapi kenapa Allah jadikan kita suka perkara-perkara tersebut?

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk dijadikan harapan”Surah Al-Kahfi : 46

Semua benda itu perhiasan dunia, yakni tidak berguna kerana ia sementara melainkan kita memanipulasikan keinginan kita terhadap perkara itu dengan baik. Dengan kata lain dijadikan amalan kebaikan yang berkekalan hingga Akhirat sebagai bekalan di Hari Al-Mizan.(Timbangan)

APA YANG KITA MAHU?

Bosan duduk rumah kan. Buntu tak tahu apa nak buat? Ke kita tahu perkara baik untuk di buat tapi buat-buat tak tahu? Or malas nak buat? Pernah dengar tak hadis ini.

“Terdapat dua nikmat yang manusia sering alpa dan lalai, Waktu sihat dan waktu lapang”

Rata-rata kita dah belajar kan? Dan kita faham maksud yang Nabi SAW cuba sampaikan. Kita suka mensia-siakan waktu lapang dan sihat. Sihat dan Lapang kurniaan Allah ini. Terbukti..!!

Ramai daripada kita duduk melangit di depan komputer, layan fb, layar internet dan lain-lain mencari dan menanti sesuatu yang tidak pasti… mencari dan menanti sesuatu yang menghilangkan kebosanan mungkin. Keresahan atau kesedihan? Ada yang hang-out.Nak berhibur katakan…

“Demi Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian!” Surah Al-Asr

Yup! Manusia itu memang rugi setiap masa. Manusia sering mencari sesuatu yang tidak pasti dalam hidupnya. Padahal kepastian itu kita sudah ketahui. Namun disebabkan keyakinan(Iman) kita yang low. Kita ketepikan untuk melakukannya. Apa yang pasti itu?

“Dengan mengingati Allah hati menjadi tenang” J

Ingat Allah lah… Allah yang bagi sakinah, ketenangan dan kegembiraan. Tapi kita tetap mencari yang lain. Kita percaya kat Allah, tapi kita lebih percaya asbab! Masyaallah..!

Bila ingat Allah baru hidup rasa bermatlamat! Kalau cepat bosan dengan waktu sehari, bermaksud? Hidup kita bertujuan untuk? Entah… sebab cari dunia jer, fikir-fikirkanlah :P

Bahkan dengan ingat Allah bukan manfaatkan dunia(tenang hati) jer dapat, tapi jadi satu ibadah. Betul tak? Tapi masalahnya manusia yang tak reti ambil peluang.

Tengah senang-senang camni cari hiburan untuk hati dengan perkara dunia bila masa susah baru cari Allah… hakikatnya manusia yang aniaya diri sendiri

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikit pun tetapi manusialah yang menganiaya diri mereka sendiri” Surah Yunus : 44

Yelah… sepatutnya waktu senang kita cari Allah, kumpul pahala dengan kebaikan, tapi tidak. Semuanya terbuang dengan dosa dan perkara sia-sia. Sebab itu Allah turunkan peringatan dan kifarah.

Hurm… kesian Allah, kesian Nabi SAW. Siapa mereka ini pada kita ek? Kenapa kita ambil remeh jer peringatan Allah dan Nabi SAW. Kita memang bodoh dan jahil. Ada ilmu pon tak guna. Pesanan terakhir daripada Allah SWT

“Dan siapakah yang lebi zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa”

Siapalah diri ini kan. Manusia yang bodoh macam ko jugak. Banyak dosa!! Hurm… moga kita dapat ambil ibrah dan pengajaran…

P/s : Sebenarnya artikel ini untuk aku!!

Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"