Pengikut

Halaman

Selasa, 27 Disember 2011

Kemanusiaan!


Manusia semulia-mulia makhluk diciptakan,

Oleh Khalik yang Maha Rahman,

Di mana mereka memiliki satu matlamat perjalanan,

Yakni pengabdian kepada ilah sekalian ciptaan.


Menyelusuri jalur-jalur ragam kehidupan,

Keinsafan meletakkan dunia sebagai bekalan,

Untuk dibawa ke kediaman Akhirat berkekalan,

Jadi manusia jangan leka dan kealpaan,

Sentiasalah menyuburkan perasaan takut pada Tuhan.


Antara ganjaran dan balasan,

Memerlukan satu pilihan untuk diperjuangkan,

Bersabar menempuh musibah dan kebahagian,

Mahupun membiarkan diri hanyut dibawa perasaan,

Akal fikiran bijak menentukan sebenar-benar nikmat Tuhan.


Pada setiap ruang waktu dan keadaan,

Keperluan dan keutamaan menjadi signifikan,

Tidak salah berhibur sakan mencari kesenangan,

Sekiranya ibadah tidak dilalaikan.


Firman Allah cukup jelas menerangkan,

Keimanan menjadi asas keperibadian insan,

Membentuk diri berkhidmat untuk Tuhan,

Berjuang menegakkan fitrah di hati umat akhir zaman.


Tetapi manusia sukar mengambil pelajaran,

Apabila nafsu mengangkat diri sebagai tuan,

Akal dan hati terpenjara menjadi banduan,

Menangis dan resah mencari kasih Tuhan,

Adakah patut kita biarkan sedemikian?!



Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"