Pengikut

Halaman

Isnin, 26 Disember 2011

Cari Kewujudan Allah ;(

Jangan sangka nasihat ini daripada diri aku kerana aku tidak sempurna. Pabila engkau bersangka begitu maka kau memandang aku, engkau tidak memandang ‘pihak’ yang menggerakkan tangan ini menulis tentangnya. Segalanya datang daripada Allah SWT. Kebaikan digali daripada rahmat-Nya.

Siapalah aku untuk membetulkan orang lain sedangkan kita sama-sama menjalani permusafiran di atas dunia mencari bekalan. Kita sama-sama hina dan jahil! Hidayah itu milik Allah. Tapi aku tidak lepas daripada tanggungjawab menyeru. Bukan aku sahaja. Kita.

Sifat wujud hanya milik Allah SWT. Dia yang Maha Wujud! Bagi orang mukmin mereka tidak merasakan wujud melainkan Allah SWT. Keakraban mereka dengan Allah meletakkan Allah sebagai punca segala sesuatu. Dunia ini tidak wujud di sudut dalam hati mereka!

Mereka tidak akan terlalu sedih mahupun terlalu gembira atas hal yang mereka terima kerana bagi mereka semua itu suatu khayalan dan tidak berkekalan. Pandangan mereka hanya Akhirat! Kesederhanaan di dunia sinonim dengan mereka. Mereka sedar, dunia hanya suatu tempat permainan. Bukan kehidupan abadi! Buat apa terlalu bersedih?

Hadis ada menyebut

“Sesungguhnya sangat ajaib pada seorang mukmin. Setiap perkara menjadi kebaikan pada mereka. Apabila ujian menimp,a mereka bersabar. Apabila kesenagan bertamu, mereka bersyukur.”

Sabar dan syukur. Apakah ciri-ciri orang yang sabar.

“Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar”

“Aku bosan dengan hidup ini!” Adakah ini ungkapan orang yang sabar? Hati orang yang sabar sentiasa dipandu oleh Allah. Mana mungkin seorang yang sabar mengatakan sesuatu ‘kebosanan’ dan ‘tidak puas hati’ terhadap anugerah(kehidupan) Allah SWT. Bagaimana Allah dapat bersama dengan kita kalau begitu?

Bersangka baiklah dan yakinlah pada Allah. Kata-kata menggambarkan bentuk hati kita. Matlamat arah tuju jalan hidup kita. Keinginan dan kehendak kita! Dan ia menjadi Agung dan Keramat andai kata-kata kita hanya menjadi rahsia antara Hamba dan Pencipta. Pertolongan Allah pasti datang. Kita hanya akan sedar apabila sudah melepasinya bukan ketika mengalaminya.

Kesedihan adalah suatu LUMRAH. Bukan suatu kekufuran kalau bersedih. Tapi kita bersedih kerana apa? Apakah langkah-langkah mensucikan kesedihan daripada perkara yang tidak bermanfaat ataupun lagha? Bagaimana menjadikan suatu kesedihan menjadi ibadah?

Sama-sama kita renungkan. L

Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"