Pengikut

Halaman

Khamis, 9 Jun 2011

Untuk Hati Aku.

:: Upside down heart ::by ~Liek from liek.deviantart.com


Banyak kali aku bertanyakan pada hati. Apa yang kau mahu? Dia tidak menjawab. Yang menghairankan, dia sering seakan menyuruh aku membuat sesuatu dan meninggalkan suatu perkara. Tapi aku tidak faham mesej dia. Payah deria aku untuk menangkap maksud yang dia cuba sampaikan tapi tidak dapat.

Walaupun begitu aku tidak putus asa kerana dia adalah tunjang hidup aku. Aku mesti berbakti kepada dia seperti mana telah banyak perkara dia berbakti kepada aku. Paling membuatkan aku sayang pada dia, dia telah berkongsi hidayah dengan aku. Hidayah Allah yang sangat tenang dan mententeramkan itu. Awak pernah rasa?

Hahaha... rugilah kalau tidak rasa

Namun kini, hidayah itu makin lama makin malap cahayanya. Mungkin kerana itu hati aku ini berasa kesedihan dan mungkin itu yang cuba dia beritahu pada aku. Cuma aku sahaja tidak faham. Leka dengan dunia hingga dia terasa terabai. Aku pohon maaf duhai hati.

Aku berjanji pada dia aku akan laksanakan kehendak dia. Tapi masalahnya, apa yang dia hendak?

Lama jugalah hati ini mengomel pada aku. Kadang-kadang rimas dengan karenah dia, tapi aku tahan sahaja dengan sabar. Lagipun kalau aku keseorangan dan stress, dialah peneman dan sahabat istimewa. Dia sahaja yang mendengar luahan dan celoteh aku seharian. Bila keadaan macam itu seringkali dia bawa aku ber'jumpa' dan mengadu pada Allah. Dia baik sangat pada aku. Jadi apa salahnya aku mendengar luahan dia pula.

Namun pencarian ini bukanlah senang. Walaupun hanya berkaitan dengan kehendak seketul daging yang bernama hati. Padahal sudah 17 tahun kami bersama. Akrab jugalah rasanya perhubungan kami ini. Tidak disangka pula sudah seakrab begini banyak perkara yang aku tidak tahu pasal dia. Padahal hal aku dia dapat memahami bahkan menyelesaikan dengan baik. Malu rasanya.

Punyalah jauh mengembara, semua jalan aku sudah ambil dan aku ingat aku sudah hampir sampai ke destinasi yang dicari selama ini. Tempat di mana tersimpan 'benda' yang sangat diimpikan hati aku ini. Tidak diduga sangkaan aku meleset. Aku fikir, jalan mana lagi yang aku tertinggal. Lama jugalah.

Tiba-tiba aku tersentak "Masyaallah..." Itu sahaja yang mampu aku lafazkan.

Apa yang aku sangkakan jauh rupanya sangat dekat. Aku lupa itulah yang hati aku perlukan dan itulah satu-satunya kehendak setiap hati yang berada di muka bumi ini. Sangat sesuai dengan fitrah. Itulah Al-Quran dan As-Sunnah. Ya Allah... betapa sebaknya hati aku ini hingga dua perkara ini boleh aku lupa. Aku pohon maaf sekali lagi duhai hati.

Mungkin aku terlupa kerana sudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang aku rasa 'sempurna' di dunia ini. Facebook, handphone, laptop, bersiar-siar dan segala macam hiburan. Aku sangka itu semua boleh menenangkan hati aku ini. Kerana bagi aku semua itu memang menyeronokkan.

Tapi bahagia itu Allah sahaja yang tahu. Dan hati kurniaan Allah ini telah sampaikan pada aku dan menyedarkan aku tentangnya. Kerana dia(hati aku) adalah penghubung aku dengan Allah S.W.T. Minta maaf dan terima kasih duhai hati.

Syukur Alhamdulillah. :)

---------------------------------------------------------------------

Berapa kali kita baca Al-Quran di rumah daripada 'membaca' FACEBOOK.?
Berapa kali kita terjaga di malam hari untuk tahajjud daripada berjaga malam melayan FACEBOOK.?
Berapa kali kita solat sunat di rumah daripada membuka internet menatap FACEBOOK?

Salahkah kalau ada yang menfatwakan FACEBOOK haram jika begini keadaan kita.

Muhasabah kembali. Assalammualaikum.

p/s : Gaya aku bercakap sangat mirip macam seorang HIPOKRIT ! bukan mirip tapi memang Hipokrit. hahaha... lepas ini tidak.(Harap sangat-sangat)











Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"