Pengikut

Halaman

Selasa, 7 Jun 2011

Sahabat

Gembira tak? Andai kamu dapat melihat sahabat-sahabatmu mampu kembali menuju jalan ke hadrat ilahi. Pasti ! Siapa yang tidak gembira... perasaan itu adalah fitrah, hidayah yang kita miliki pasti kita mengharap orang yang kita sayang memilikinya juga.

Begitu juga Rasulullah S.A.W. Mengharapkan insan yang setia menemani baginda dalam perjuangan, bahkan insan yang paling banyak berkorban untuk baginda dan paling baginda sayangi mengakhiri hidupnya dalam keadaan keredhaan ilahi. Tapi apakan daya... sedih tidak terkata! Hidayah itu milik Allah.

Kerana itu, peringatan untuk diri aku sendiri dan sahabat yang aku sangat sayang! peganglah hidayah itu sekuat-kuatnya dan seerat-eratnya. Mungkin kita akan terkandas di lembah kemaksiatan kembali, tetapi pintu rahmat Allah itu sentiasa terbuka dan kita mesti tidak putus mengharapkannya.

Moga-moga istiqamah...

Tiada ulasan:

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"