Pengikut

Halaman

Khamis, 10 Mac 2011

Gara-gara HKSBP

Langkah aku sudah semakin longlai. Bukan kerana kepenatan tetapi sesak dengan bau-bau dosa sepanjang minggu ini. Karat di hati sudah makin menebal. Tidak tahu lagi bila waktu yang ada untuk menyucikannya. Tambahan lagi aku pula terasa semakin malas. Semua gara-gara HKSBP !! Aku tersadung kembali di batuan yang sama. Bodoh sungguh.

Mungkin kalian melihat muka aku biasa tapi hati aku tersiksa. Ya! Aku tidak kisah menang atau kalah, tapi yang aku kisah biah Islamiyah. Hancur! Sekolah lain apalah sangat tapi kalau sekolah sendiri memang hinalah. Kalau boleh aku hendak jadi seorang yang pekak! Atau Bisu! Mahupun buta! Kerana aku tak tahan menghadapi semua.Gara-gara jangkaan semua inilah aku kurang berminat hendak pergi HKSBP.

Apa sebenarnya sudah terjadi? Aku hendak ceritalah ini…

Sebenarnya aku sedih,kecewa,marah,malu dan lain-lainlah. Perasaan aku bercampur baur. Di sana diri aku tidak terurus. Adakalanya aku masih mampu lagi mengawal dan membentengi hati ini sedaya upaya kekuatan yang ada. Tapi sebagai seorang manusia aku tidak sempurna dan lemah.

Satu perkara yang aku benci apabila tiba musim kokurikulum macam ini, bila buat latihan tidak kiralah kriket,bola keranjang, nasyid , bahas dan lain-lain lagi suka melewat-lewatkan solat. Memang betul aku pon kadang-kadang melewatkan solat walaupun tiada hal yang penting. Aku pon memang rasa bersalah. Tetapi kalau setiap hari lewatkan solat aku rasa resah sangat-sangat.

Yang tidak tahannya pula sudah tahu belum solat Asar, boleh lagi lengah-lengahkan. Setengah jam hendak masuk waktu Maghrib baru hendak solat Asar. Itu dah teruk dah tetapi ada lagi teruk, 5 minit hendak masuk waktu Maghrib baru hendak solat Asar. Astaghfirullahhalazim….

Kepada kapten-kapten pasukan atau pengerusi-pengerusi kelab, tanggungjawab kalian sangat-sangatlah besar! Melewatkan solat itu berdosa. Tetapi ramai daripada kita yang tidak ambil kisah tentang hal ini. Dosa anak-anak buah kalian terbeban juga dibahu kalian tahu ? Sebab apa? Sebab kalian pemimpin mereka. Setiap pemimpin bertanggungjawab atas apa yang mereka pimpin. Muhasabah diri kembali.

Itu satu, keduanya pula. Ini kes akulah. Mencarut ibarat amalan zikir setiap hari. Masa berkampung di Intersaber, masyaallah…. Tidak tutup aurat dan macam-macam lagilah. Dengar juga aku ada yang mengingatkan tentang dosa dengan pahala tetapi lepas itu gelak-gelak dan dia pulak mencarut. Apa ingat kau boleh masuk NERAKA DENGAN GELAK KETAWA? Kau ingat NERAKA ITU BOLEH BUAT BAHAN SENDA GURAUAN KE?

Lagi aku menyampah ketika kat court nampaklah sekolah yang perempuannya bertudung pendek. Ada budak Sepintar ini bajet alim “Abang Kamal, dunia nak kiamat… pakai tudung macam itu lebih baik takyah pakai tudung!” Aku tidak senyum dan aku balas “Alah…. Tengok diorang buat apa, tengok diri sendirilah. Duduk dorm tak tutup aurat” lepas itu dia terus terdiam. Memang aku marah masa itu tapi diam jer.

Ada pula masa game nak mula, sorang ini cakap “Abang Kamal baca doa” ko ingat kau nak baca doa ke? Ko tak malu ke dengan Allah S.W.T. Dah buat dosa sana sini, lepas itu dengan muka tiada rasa bersalahnya nak minta kat Allah macam-macam. What is that? Malu lah sikit. Aku memang tak sanggup nak berdoa kat Allah…. Malulah…

Di Intersaber hati aku memang diduga habis-habisan….

Lagi tidak tahan ada sorang ini buat maksiat depan aku. Kuang ajor! Ikut hati hendak sepak jer. Pergi dia lancap depan semua orang dalam dorm, tengok gambar perempuan sekolah mana entah aku pon tak tahu. Adalah seorang budak tuh kata “Alah dia maen-maen jer” ko ingat dia main-main ke? Betul-betul ke? Aku tak kisah? Mestilah aku kisah sebab dia buat endah tak endah jer dengan hukuman Allah. Kalau dia main-main maksudnya dia persendakan soal dosa dan neraka… kalau dia buat betul-betul maksudnya dia dah memang tak kisah pasal dosa dan neraka. Ada akal tidak fikir ke?

Apa hendak jadi dengan Sepintar woi..!!

Sebenarnya banyak lagi aku tension!! Tapi malas nak citer… Assalammualaikum

6 ulasan:

hilmi berkata...

gunakan sebanyak mungkin kudrat yg ada. ingat, allah tidak melihat hasil tetapi melihat usaha anda. :)

(kalau ko free, aku nk chat dgn ko)

arifputera berkata...

terima kasih abg hilmi kerana ingatkan tentang perkara itu...

insyaallah.. tengoklah kalau ada masa

faziera diana berkata...

sorry la kalau ade cacat cela sepanjg kitorg jd tuan rumah

aku rase la kn, mereka2 yg ta tutup aurat tu
tak reti bace kut
"zon menutup aurat"
kat pondok guard kat pintu masuk skola kitorang..

arifputera berkata...

ade ker? aku pon tak perasan...

anyway best jer, cuma duduk dorm jer 'panas' ditambah dengan panas kat Intersaber. Terbakar !!

Afifah Daim berkata...

mungkin Allah nak uji kekuatan hati saudara di tahap mana,,
hadapilah dengan sabar dan tabah,,
jalan dakwah memang sukar,,

shahira berkata...

i once felt that kind of feeling....xkire la hksbp or.....sedih kadang2 bila tarbiah kat sekolah tak boleh dibawa keluar seolah2 malu dengan imej islam....

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan seratus kasih sayang(rahmat) pada hari penciptaan. Lalu Dia menahan di sisiNya sembilan puluh sembilan kasih sayang dan Dia menebarkan satu kasih sayang kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini. Dan memberi 99 lagi di Akhirat bagi yang berhak!"